Saturday, July 28, 2012

SERATUS DUA PULUH TITIK

Sesaat kau datang,
Sesaat kau pergi..
Lagu berlegar rancak di radio.

Saat...
Mahu sampai ke sana,
Perlu kau belok kiri,
Jalan terus sehingga pagi,
Tilam beradu untuk puteri remaja,
Jiwa muda..
Penuh gelora,
Sia-sia jika tidak kau rasa.

Jambu air semerah jambu,
Rupa menawan jambu begitu..
Rambut perang ikal kayangan,
Dayang menari selembut ayu,
Malu-malu,
Tak perlu begitu.


Sebelum dinda lenakan mata,
Layar kembali cerita tadi,
Hari ini penuh berseri,
Hadirmu kembali masa tidak terasa lagi.
Tanpamu,
Sesaat bagai tunggu seminit,
Seminit rimas tertunggu setahun lalu,
Luangkan titik sebelum meniti,
Alam mimpi yang sunyi sepi,
Seratus dua puluh titik jadikan milikmu,
Selamat malam...
Esok jumpa di lapangan terbang.

No comments:

Post a Comment