...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Tuesday, July 10, 2012
BUKAN SELALU
BUKAN SELALU
Hari ini,
Seperti semalam,
Seperti hari sebelum semalam,
Aku perlu seseorang,
Duduk berbual dengan hatiku,
Yang sedang sayu,
Mengenang kejadian hariku.
Adakah ini kerana karma...
Atas dosaku pada masa yang dahulu,
Atau sahaja jalan hidupku,
Sebagai peneguh iman di dada.
Aku mahu mengerti,
Tapi bukan sendiri cari...
Bukan selalu aku begini,
Bukan selalu,
Hari ini aku perlu seseorang,
Kalau bukan kekasih,
Datanglah sebagai teman,
Adakah itu suatu niat yang disalahsangkakan...
Sudah jatuh,
Dimarah lagi...
Benar kata orang,
Seorang perlu mendengar,
Keluhan demi keluhan,
Dengar...
Bukan selalu,
Payahkah itu...
Empati itu sudah memadai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment