Monday, July 2, 2012

KE MANA HILANGNYA DIRIMU

Image DetailKE MANA HILANGNYA DIRIMU

Bersambung cerita semalam,
Sampai sahaja bagai aku di medan perang,
Sunyi meratapi kematian,
Berlumuran darah bagai hati terluka.

Ku jejak langkah pejuang,
Cekalkan hati maju terus ke depan,
Bukan senang...
Tapi pengalaman memberi sulam,
Indah bersilang,
Ombak rindu jadi buaian.

Ke mana hilangnya dirimu,
Tiga malam tanpa bintang,
Mungkin awan menutupi sinar,
Di sebalik terang,
Cahaya terpantul hilang.

Sayang...
Tiga hari aku berperang,
Dengan hati,
Adakah engkau bukan..
Bukan mahumu,
Atau ada gunung tinggi menghalang.

Sebentar,
Jika selalu langit turun hujan,
Basah bumi jadi banjir luar kawalan,
Jika terik selalu siang,
Mandi peluh tak duduk senang,
Ada hikmahnya ia jarang-jarang,
Lain hari lain belalang,
Istimewa hidup jadi olehnya.

Hilangnya...
Seperti ku lepaskan terbang secantik merpati,
Kembali nanti,
Engkau pasti hariku.

Berdering getar,
Ada salam darimu...
Sayang, selamat pagi..

No comments:

Post a Comment