Sunday, July 8, 2012

AKU JANJI

Batas ku tumpu perlahan-lahan,
Untuk menyemai benih cinta remaja,
Ku luang masa seminggu dua,
Semoga cahaya bersinar indah,
Untukmu..
Yang ku tunggu sampai hari itu.

Image DetailAku janji...
Setiap hari akan ku lihat,
Tiap hari akan ku siram,
Ku nyanyikan lagu agar kau dengar,
Hidupkan suria penyeri taman,
Jadi seperti bintang.

Selepas hari ku lalui tadi,
Ku datang lewat untukmu sayang,
Tinggi seinci hati gembira,
Sayang bersemi,
Tawa ria ceria..
Kekalkan,
Teguhlah lebih seratus tahun,
Gagah menawan tinggi ke ruang pawana.

Aku janji...
Aku janji, pohon ini ku jaga sampai mati,
Di taman ini,
Yang tercipta ilham darimu,
Setiap hari sehari satu..
Akan ada waris pejuang,
Kagum lihat benih cinta tertanam.

No comments:

Post a Comment