Tuesday, July 31, 2012

SEKIAN LAMA

Cuba lihat di angkasa,
Sekumpulan burung bebas melayang,
Hitam dari bawah,
Ku pasti mereka ada warna merah,
Meriah...
Angkasa jadi milik mereka,
Sehingga surut tiba,
Sehingga terbenam cahaya,
Mereka masih bergembira.

Suatu petang seperti biasa,
Ku duduk melihat dunia,
Meneroka misteri di alam ini,
Adakah karma perlu ku lunaskan...
Sendiri perhati sangkar di tepi,
Sekian lama aku menanti,
Kenapa si kecil bersiul indah...
Walau hidup sebatang kara.

Aku percaya,
Kerana tersepit di dalam ini,
Menanti hari dia kembali seri,
Sampai kaki terlalu letih,
Berdiri...
Sayap dihimpit diri sendiri,
Tak berguna rasanya di maya lagi,
Dia mula menyanyi.....
Bersiulan setiap hari.....
Kau sangka aku gembira,
Cuba di sini akan kamu mengerti.

Sedang yang lain menanti pagi,
Teringin menyambar cacing-cacing yang lari tenggelam,
Angkasa sekali lagi mereka miliki,
Aku di sini..
Hanya dapat perhati...
Tidak, hanya dapat bermimpi,
Jauh di sana,
Mereka hidup bahagia,
Bebas, tidak disepit..
Tidak disangka menyanyi,
Kerana sedih....

Sekian lama aku menyanyi,
Bawa nyawaku pergi,
Bidadari yang selalu di sampingku,
Lepaskan aku...
Biar hatiku tak sendiri lagi.

No comments:

Post a Comment