Sunday, July 1, 2012

SEHARI SATU

SEHARI SATU

Puisi,
Sehari satu...
Akan jadi ratu.

Dalam beribu hanya satu,
Yang akan memberi ilham berpandu,
Mungkin aku,
Mungkin engkau,
Mungkin dia di sana sini.

Komitmen,
Sehari satu...
Bukan sembarang ku pinta itu,
Suatu pegangan seumur hidupmu,
Ramai telah terkandas,
Bagai silam bila ku imbas memori,
Ada kereta dahulu megah,
Ada bangunan setinggi impian,
Ada pohon kembang berseri,
Itu bandar jadi kubur semesta alam.

Dalam berjuang menuju kenyataan,
Lakukan satu,
Satu per satu...
Ku boleh bina terus menggila,
Namun erti jadi tidak berdaya,
Untuk kekal di sanubari,
Hari ini dan untuk sekian lama.

Tidak mahu jadi pilu,
Jauh sekali ia jadi debu,
Mekar ku siram setiap hari,
Taman asmara buat hati yang punya rasa.

No comments:

Post a Comment