Wednesday, July 11, 2012

ADA APA DENGAN CINTA

ADA APA DENGAN CINTA

Ini kata terunggul,
Ayat penggugat iman cintaku,
Ada apa dengan cinta...

Mari duduk depanku sayang,
Di rumput ini laman bandaraya,
Cantik sayang indah hadirmu,
Bertanya itu,
Ada apa dengan cinta...
Ada apa dengan cinta.

Kau senyum,
Aku ternganga pula,
Baharu sahaja hendak ku luah,
Kata cinta kepada dirimu,
Aku cinta padamu..
Tidak sempat,
Kau membunuh niat hatiku.

Aku kagum dengan kata itu,
Tidak pernah aku fikirkan,
Hanya aku lalui dengan mata nurani,
Jika ada,
Jadilah..
Jika tiada,
Tunggu sahaja.

Ada apa dengan cinta...
Bagiku,
Cinta itu nikmat tapi awas.

Jangan dilihat ikatan perkahwinan,
Jauh sekali jalinan pertunangan,
Apatah lagi hanya kawan-kawan,
Cinta bukan nyata begitu,
Cinta..
Suatu yang kau dan aku rasa,
Suatu yang sungguh membahagiakan,
Suatu yang sangat memeritkan,
Suatu yang begitu memenatkan,
Tapi terus dilakukan,
Sehingga bertemu,
Kamu.

No comments:

Post a Comment