Kenal...
Ku rasakan mengenalimu,
Amat bermakna bagi diriku..
Jauh di sudut hatiku tersemai bibit-bibit rindu,
Yang aku sendiri tidak mengerti makna rasa itu.
Sepi..
Kau menyepi tanpa kata,
Kau membisu seribu cerita,
Tapi aku..
Tetap menantimu dengan sejuta harapan,
Mengharap kasih yang tak kunjung tiba.
Kembali..
Kini kau kembali,
Dengan madah-madahmu sekali lagi,
Mengembalikan semua nostalgia,
Yang pernah kita lalui bersama,
Menyatu satu rasa,
Rasa yang tak akan terungkai selamanya.
Harap..
Harapan ku padamu,
Kau tak akan pernah menyepi lagi dariku,
Agar kita dapat mengecapi,
Hari-hari indah bersama selalu...
Kerana itulah harapanku sejak mengenalimu.
Biarpun engkau tidak pernah tahu,
Bahawa aku telah jauh meninggalkanmu...
By HeArt.
No comments:
Post a Comment