Tuesday, July 10, 2012

AMAZON RINDU

Momentum meluncur ke udara tinggi,
Benak dadaku terasa semacam,
Terbang jauh pergi ke Rusia,
Aku akan ke bulan...

Dalam diam aku duduk melihat,
Awan di bawah selama beribu saat,
Penuh gelora mengundang rasa,
Seperti gerimis di tengahari,
Mungkin turun di amazon rindu.

Tunggu aku,
Jika kau mahu,
Lepak sahaja di batang itu,
Hayati hujan bulan dan bintang,
Kerana akan ku datang memberikan engkau,
Sebutir intan,
Bila kembali dari bulan.

No comments:

Post a Comment