BERBASIKAL LAGI
Dari jauh ku lihat kau di sana,
Seperti impian untuk sampai kemuncak,
Bermula dari kayuh pertama,
Sekali lagi aku mencuba.
Dalam kayuhan ada bermacam pandangan,
Ku hayati misteri alam yang dicipta,
Untuk apa...
Adakah sekadar hidup dan mati..
Perlukah dinikmati selagi hari,
Persoalan demi persoalan,
Cita-cita ku tabur di sanubari,
Untuk mencapai hasrat di hati,
Genggam aura cinta semalam.
Tanpa berkata lagi,
Titis peluh yang jatuh tadi,
Ku biarkan meresap ke gunung tinggi,
Inspirasi...
Melihat pohon semarak api,
Tiada lagi tinggal ranting bergigi.
Berkhayal sejenak aku di sini,
Fikir tentang dunia,
Fikir pelbagai aspirasi,
Mahu jadi kaya...
Fuhh..
Mahu hidup bahagia,
Fuhh..
Segalanya ada di depan mata,
Cuma berani belum lagi,
Untuk meneroka kepuasan abadi.
Berbasikal lagi,
Setelah matahari bersinar dinihari.
No comments:
Post a Comment