Pagi tadi aku berjalan di tepi pantai,
Hendak memukat sekumpulan ikan,
Telah selamat berlabuh jaring itu,
Ku cari kayu,
Tempat duduk menunggu.
Terlihat tunggul berzaman,
Hanyut terpinggir tepian bakau,
Indah seperti kekal di sana,
Ku pandang tak jemu,
Ufuk jauh nun di sana.
Air masin mula ditarik oleh sang bulan,
Batu-batu tajam menyerah kepada petang,
Di situ kau duduk senyum bergambar,
Dahulu,
Sebelum kita berkenal.
Ingat janji kita..
Tidak ku ingat lagi,
Kerana masa menenggelamkan ia,
Jauh ke dasar,
Timbul tidak muncul lagi.
Lepaskan,
Biar kita mungkirkan,
Itu sekadar janji,
Pada waktu itu, pada waktu itu...
Masih ada kunci,
Laluan ke taman kita,
Satu untuk engkau,
Satu ku simpan sendiri,
Kini,
Dua padaku satu kunci rumahku.
No comments:
Post a Comment