Perlukah ku pasrah,
Ku impikan damai abadi,
Seluruh bumi penuh kekasih,
Jauh perang jua keganasan,
Di mana cinta...
Yang bertubi dilagukan lagu,
Yang bersemi dalam puisi,
Yang tertanam dendam di hati.
Tidakkah semua bersatu hati,
Bagi menikmati hidup di sini,
Sementara,
Bukan untuk selamanya,
Tidakkah engkau sedar,
Tidak selamanya kita di bumi.
Jadi kenapa kau main api,
Kata hendak berkawan diri,
Rupa-rupanya mahu membakar bumi,
Kenapa..
Siapa yang berjawab jitu,
Kenapa...
Di mana cinta!!!
Sedih ku lalui jalan pedati,
Politik janji,
Sosial berlebihan,
Ekonomi tamak dan haloba,
Pergi kamu perosak bumi,
Kenapa tercipta sifat insan seperti itu...
Tiadakah hati dalam hatimu,
Alasan mati syurga tetapi pembunuh!!!
Selalukah begini akan berakhir,
Di mana cinta..
Aku perhati merpati terbang,
Bebas di awan mungkin turut mengeluh,
Kejadian paras mata di bawah sana,
Perkara kecil diperbesar-besarkan,
Cinta tidak disemai abadi.
Tolonglah berpuas hati,
Dengan anugerah yang telah diberi,
Hidup berdamai antara alam,
Tolonglah berpuas hati,
Dengan hidup yang sederhana,
Bukan bumi yang kita puji..
Kasih di hati hormat-menghormati.
No comments:
Post a Comment