Sunday, May 11, 2025

APABILA IBU BERBICARA

(Sempena Hari Ibu Sedunia)


Wanita rumah 

matanya terus mengawasi

walau bibirnya tidak berbait kata

wajahnya cekal menahan semacam rasa

kadang berapi kadang bersalji

sentosa mengalir ke kalbu

sentiasa kekasih hati


bagai pohon berbunga dan berbuah

kita mencecap rasa teduh di bawahnya

wanita rumah kembang serata benua

menyapu resah menjemur kecewa 

dengan satu lambaian satu ukir senyuman

menjadi damai dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment