Saturday, April 25, 2015

SELAMAT MALAM CINTA

Selamat malam cinta
siang tadi penuh bermakna
kita bukan berdua
bercanda... 

bersama orang-orang tua

terbacakah engkau sajak semalam
sama juga
mengucapkan selamat malam
cinta
telah kian lama

terpisah kita kerana benua
semoga cepatlah tamat pengajian adinda
aku di sini setia menanti
sambil menyimpan
janji wang hantaran

sepuluh ribu
dua ekor sapi Kundasang
sepasang cincin telah dipilih semalam
sampai nanti deringkan aku
tidur dulu sayang.

No comments:

Post a Comment