Tuesday, April 28, 2015

IJAB KABUL (Keingatanku padamu)

Masih lagi bernyiang-nyiang
tanda tanya dalam benak
keputusan belum lagi ditentu
jujur kuakui
masih aku takut


nian telah lama ilmu tersorok
masih juga kekali kualpakan
benarkah kata orang,
lakukan sahaja?
masih aku takut...

kesungkuran gagal diwarkan tanda ingatan
bertambahlah keperihatinan
agar tidak aku sedemikian
adakah perlu kukotakan?
kabul sambutan sekali lafaz.

Ijab dipermainkan
seperti layang-layang dan bebayang
bila suka dipanjangkan; tidak, ditarik benang
bila malam bayang hilang; siang, kesamaran menentang terang
aku masih memikirkan dan seseorang harus yakinkan.

No comments:

Post a Comment