Saturday, May 12, 2012

SAKIT GIGI

SAKIT GIGI

Sabtu aku ke kota mencari keriangan,
Bersama teman,
Minum-minum di tepi jalan,
Sugar Bun macam di KK.

Sambil meneguk satu persatu,
Lihat wanita tari-menari,
Lagu dangdut lagu poco-poco,
Hebat sepetang,
Malam tidak terasa datang.

Kembali ke rumah,
Sambil pening sedikit,
Terkena gandum yang dituai lama,
Lima peratus dikali lima,
Nah..
Baju putih seluar hitam,
Berdiri garang bersama tiket.

Aduhai,
Aduhai.....
Sakit gigiku tidak terasa,
Sakit hatiku mahu bergenang airmata,
Disaman..
Memotong di garis double line,
RM300 perlu dilangsaikan,
Mungkin lebih baik kerana itu,
Belum diuji jalan di garis yang lurus.

No comments:

Post a Comment