Saturday, May 12, 2012

LAHIR MERAH JAMBU

Termenung aku memikirkan hadiah,
Untuk si dia yang lahir kembali,
Gadis ayu senyum pemalu,
Hanya isteriku,
Selalu satu..

Tersipu diri duduk mengilham,
Dia di sana menjemur baju,
Nanti nampak dibaca dan ketawa,
Cubit manja,
Ketawa berdua.
Selamat hari lahir...
Tak lama lagi,
Di bulan ini,
Mei sentiasa dinanti.

Tiada ringgit beribu banyaknya,
Untuk ku sediakan sebuah penanda,
Ku cari diri untuk dirimu,
Suatu sajak khas untukmu,
Kata lelaki,
Kau gadisku cinta kau selalu,
Aku nakal,
Mungkin segala yang dibenci wanita,
Ada padaku,
Ada satu yang terbaik,
Sejak saat pertama kita bertemu,
Mekar dan mekar lagi,
Sayang seribu setia.

Selamat Hari Lahir,
Nah, lahir merah jambu..
Terima kasih kerana sentiasa bersamaku.

No comments:

Post a Comment