Cuba lihat di angkasa,
Sekumpulan burung bebas melayang,
Hitam dari bawah,
Ku pasti mereka ada warna merah,
Meriah...
Angkasa jadi milik mereka,
Sehingga surut tiba,
Sehingga terbenam cahaya,
Mereka masih bergembira.
Suatu petang seperti biasa,
Ku duduk melihat dunia,
Meneroka misteri di alam ini,
Adakah karma perlu ku lunaskan...
Sendiri perhati sangkar di tepi,
Sekian lama aku menanti,
Kenapa si kecil bersiul indah...
Walau hidup sebatang kara.
Aku percaya,
Kerana tersepit di dalam ini,
Menanti hari dia kembali seri,
Sampai kaki terlalu letih,
Berdiri...
Sayap dihimpit diri sendiri,
Tak berguna rasanya di maya lagi,
Dia mula menyanyi.....
Bersiulan setiap hari.....
Kau sangka aku gembira,
Cuba di sini akan kamu mengerti.
Sedang yang lain menanti pagi,
Teringin menyambar cacing-cacing yang lari tenggelam,
Angkasa sekali lagi mereka miliki,
Aku di sini..
Hanya dapat perhati...
Tidak, hanya dapat bermimpi,
Jauh di sana,
Mereka hidup bahagia,
Bebas, tidak disepit..
Tidak disangka menyanyi,
Kerana sedih....
Sekian lama aku menyanyi,
Bawa nyawaku pergi,
Bidadari yang selalu di sampingku,
Lepaskan aku...
Biar hatiku tak sendiri lagi.
...busur-Ku, Kutaruh di awan, supaya itu menjadi tanda perjanjian antara Aku dan bumi. ~ Kejadian 9:13
Tuesday, July 31, 2012
Monday, July 30, 2012
BALLADE POUR ADELINE
Sarikata lagu untuk adinda..
Banyak melodi aku imbang dengan hatiku,
Ada romantis jua ada nada nakal-nakal,
Seksi dan nada yang mematah hati,
Hanya satu..
Bunyi yang seiring,
Ballade Pour Adeline.
Pernah ku cuba mencari kunci,
Untuk didendangkan untukmu dinda,
Tiga kunci sudah terbuka,
Ada berpuluh perlu ku siapkan,
Agar menjadi,
Sebuah harapan.
Hayati nanti petikan untukmu,
Semua puisi jadi lirik dengannya,
Nikmati alunan satu persatu,
Akan kau rasa detik aku berkata..
Aku cinta padamu.. aku cinta padamu,
Dengan laras yang manja,
Dari manja ia jadi tegas.
Ballade Pour Adeline...
Lagu cinta untuk si dia,
Dan selamanya akan jadi miliknya,
Seperti cahaya memberi terang,
Samalah dia memberi sebab untuk aku terus bernyawa,
Tak bernyawa aku sudah di syurga,
Kerana bebunga itu seharum inti syurga.
Sunday, July 29, 2012
PUISI UNTUK DIA
Segala puji..
Telah tercipta untuk dia,
Segala indah..
Hanya ada padanya,
Segala cerita,
Bermula dari dia,
Segala derita,
Diberi padanya,
Segala sengketa... ada antara kita,
Segala-galanya telah...
Kita kongsi sesama.
Bahasa manusia..
Telah ku kuasai,
Bahasa binatang aku fahami,
Bahasa bintang...
Jauh aku teroka,
Bahasa hati ku tenang memahami,
Bahasa tidak..
Berguna kembali,
Bahasa.....
Buat aku terdiam.
Suatu hari aku menjelajah,
Sudah jauh hampir tak putus asa,
Puisi untuk dia..
Dahulu puisi untuk si dia,
Kekal dia,
Insan yang ku cinta,
Jauh sekali melebihi sayang,
Pertama ini aku jatuh kerana cinta...
Pembakar untuk aku berkata,
Sentiasa...
Dalam madah bernada jiwa,
Aku hadiahkan untukmu, dia.....
Telah tercipta untuk dia,
Segala indah..
Hanya ada padanya,
Segala cerita,
Bermula dari dia,
Segala derita,
Diberi padanya,
Segala sengketa... ada antara kita,
Segala-galanya telah...
Kita kongsi sesama.
Bahasa manusia..
Telah ku kuasai,
Bahasa binatang aku fahami,
Bahasa bintang...
Jauh aku teroka,
Bahasa hati ku tenang memahami,
Bahasa tidak..
Berguna kembali,
Bahasa.....
Buat aku terdiam.
Suatu hari aku menjelajah,
Sudah jauh hampir tak putus asa,
Puisi untuk dia..
Dahulu puisi untuk si dia,
Kekal dia,
Insan yang ku cinta,
Jauh sekali melebihi sayang,
Pertama ini aku jatuh kerana cinta...
Pembakar untuk aku berkata,
Sentiasa...
Dalam madah bernada jiwa,
Aku hadiahkan untukmu, dia.....
Saturday, July 28, 2012
SERATUS DUA PULUH TITIK
Sesaat kau datang,
Sesaat kau pergi..
Lagu berlegar rancak di radio.
Saat...
Mahu sampai ke sana,
Perlu kau belok kiri,
Jalan terus sehingga pagi,
Tilam beradu untuk puteri remaja,
Jiwa muda..
Penuh gelora,
Sia-sia jika tidak kau rasa.
Jambu air semerah jambu,
Rupa menawan jambu begitu..
Rambut perang ikal kayangan,
Dayang menari selembut ayu,
Malu-malu,
Tak perlu begitu.
Sebelum dinda lenakan mata,
Layar kembali cerita tadi,
Hari ini penuh berseri,
Hadirmu kembali masa tidak terasa lagi.
Tanpamu,
Sesaat bagai tunggu seminit,
Seminit rimas tertunggu setahun lalu,
Luangkan titik sebelum meniti,
Alam mimpi yang sunyi sepi,
Seratus dua puluh titik jadikan milikmu,
Selamat malam...
Esok jumpa di lapangan terbang.
Sesaat kau pergi..
Lagu berlegar rancak di radio.
Saat...
Mahu sampai ke sana,
Perlu kau belok kiri,
Jalan terus sehingga pagi,
Tilam beradu untuk puteri remaja,
Jiwa muda..
Penuh gelora,
Sia-sia jika tidak kau rasa.
Jambu air semerah jambu,
Rupa menawan jambu begitu..
Rambut perang ikal kayangan,
Dayang menari selembut ayu,
Malu-malu,
Tak perlu begitu.
Sebelum dinda lenakan mata,
Layar kembali cerita tadi,
Hari ini penuh berseri,
Hadirmu kembali masa tidak terasa lagi.
Tanpamu,
Sesaat bagai tunggu seminit,
Seminit rimas tertunggu setahun lalu,
Luangkan titik sebelum meniti,
Alam mimpi yang sunyi sepi,
Seratus dua puluh titik jadikan milikmu,
Selamat malam...
Esok jumpa di lapangan terbang.
RUPANYA HANYA MIMPI
Rupanya aku bermimpi...
Sungguh indah melihat sampan,
Sedang menari di tepi kayu,
Ikan-ikan kejar mengejar,
Belanak timbul melihat engkau.
Berhayun santai kaki berdua,
Bercerita tentang pokok-pokok hijau,
Oh ceria di mendung ini,
Bersama denganmu,
Suatu keadaan..
Kilat memancar guruh bersambaran,
Dalam seketika mungkin hujan lagi,
Sedia teman kita berlari,
Genggam jariku,
Jangan lepaskan aku.
Sentuhan itu..
Ada suatu misteri,
Hati tenteram,
Terasa ada rasa sayang,
Sayang.. sayang...
Rupanya hanya mimpi,
Ku mahu,
Bila mataku terbuka nanti,
Mimpi itu diteruskan lagi.
Lihatlah aku,
Aku sentiasa melihat matamu,
Sudikah engkau jika aku nikahi...
Sungguh indah melihat sampan,
Sedang menari di tepi kayu,
Ikan-ikan kejar mengejar,
Belanak timbul melihat engkau.
Berhayun santai kaki berdua,
Bercerita tentang pokok-pokok hijau,
Oh ceria di mendung ini,
Bersama denganmu,
Suatu keadaan..
Kilat memancar guruh bersambaran,
Dalam seketika mungkin hujan lagi,
Sedia teman kita berlari,
Genggam jariku,
Jangan lepaskan aku.
Sentuhan itu..
Ada suatu misteri,
Hati tenteram,
Terasa ada rasa sayang,
Sayang.. sayang...
Rupanya hanya mimpi,
Ku mahu,
Bila mataku terbuka nanti,
Mimpi itu diteruskan lagi.
Lihatlah aku,
Aku sentiasa melihat matamu,
Sudikah engkau jika aku nikahi...
Friday, July 27, 2012
GERBANG ILUSI
GERBANG ILUSI
Titis hujan membasahi bumi,
Kebetulan saat aku hendak berhenti,
Ku cuba tidak melukakan hati,
Terluka lagi,
Ku harap mentari mengerti.
Ku lihat gergasi sekecil api,
Pari mandi dalam kolam raja,
Putera cerah naik basikal,
Sekitar taman yang boleh menyesatkan,
Melalui gerbang, ilusi...
Sentiasa bermula dengan ilusi,
Untuk bersama insan yang dipuja,
Membayang terbang bersama dia,
Gurau senda tawa sendawa...
Segalanya ilusi,
Nyata nanti,
Bukan semua akan jadi realiti.
Teruskan bermimpi,
Ke puncak tertinggi..
Jatuh nanti pasti di kalangan bintang,
Segalanya ilusi,
Usah kau fikir ilusi tidak bergerbang,
Gerbang ilusi menyatakan...
Selamat datang ke dunia cintaku.
Aku berhenti menyatakan sayang; ...tidak bererti henti menyayangimu.
Titis hujan membasahi bumi,
Kebetulan saat aku hendak berhenti,
Ku cuba tidak melukakan hati,
Terluka lagi,
Ku harap mentari mengerti.
Ku lihat gergasi sekecil api,
Pari mandi dalam kolam raja,
Putera cerah naik basikal,
Sekitar taman yang boleh menyesatkan,
Melalui gerbang, ilusi...
Sentiasa bermula dengan ilusi,
Untuk bersama insan yang dipuja,
Membayang terbang bersama dia,
Gurau senda tawa sendawa...
Segalanya ilusi,
Nyata nanti,
Bukan semua akan jadi realiti.
Teruskan bermimpi,
Ke puncak tertinggi..
Jatuh nanti pasti di kalangan bintang,
Segalanya ilusi,
Usah kau fikir ilusi tidak bergerbang,
Gerbang ilusi menyatakan...
Selamat datang ke dunia cintaku.
Aku berhenti menyatakan sayang; ...tidak bererti henti menyayangimu.
DALAM HATI SIAPA TAHU
DALAM HATI SIAPA TAHU
_ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _-_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _.
_ _ _ _ _ _ _...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
Dalam hati siapa tahu..
Dalam hati siapa tahu.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _.....
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _..
(RM100,000.01 to open the blanks)
_ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _-_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _.
_ _ _ _ _ _ _...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _...
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
Dalam hati siapa tahu..
Dalam hati siapa tahu.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _.....
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _,
_ _ _ _ _ _ _ _ _..
(RM100,000.01 to open the blanks)
Thursday, July 26, 2012
KEMILAU SINAR
Kemesraan..
Antara dua pencinta,
Bersinar pada masa bahagia,
Selalu merundum waktu susah menjelma.
Kalau cinta hanya di masa suka,
Janji diluah pasti dikota,
Tinggi gunung sanggup diharung,
Lautan api biasa direnang,
Datang masa..
Segalanya bakal musnah.
Di saat inilah,
Kemilau sinar ditunggu-tunggu,
Saat aku hampir malah sudah jatuh,
Tersungkur...
Lengan ku hulur mohon dibantu,
Tapi..
Mungkin hanya dalam hati,
Ego lelaki sentiasa ada.
Apa guna kata semati...
Jika waktu itu cinta berpaling tadah,
Mahu mencari kesenangan sendiri,
Dibiarkan aku sendiri,
Tanpa noktah hanya elipsis...
Elipsis...
Setinggi-tinggi janji setiamu,
Saat yang sukar,
Akan terlerai keikhlasan,
Tanpa sedar,
Kau buktikan agung cintamu,
Cinta tiada bandingnya.
Setinggi-tinggi darjat duniawi,
Ada hari aku sepi sendiri,
Waktu itu aku berharap...
Ada engkau... memberi hati,
Kemilau cinta bersinar terang,
Agar aku..
Mula berharap lagi.
Antara dua pencinta,
Bersinar pada masa bahagia,
Selalu merundum waktu susah menjelma.
Kalau cinta hanya di masa suka,
Janji diluah pasti dikota,
Tinggi gunung sanggup diharung,
Lautan api biasa direnang,
Datang masa..
Segalanya bakal musnah.
Di saat inilah,
Kemilau sinar ditunggu-tunggu,
Saat aku hampir malah sudah jatuh,
Tersungkur...
Lengan ku hulur mohon dibantu,
Tapi..
Mungkin hanya dalam hati,
Ego lelaki sentiasa ada.
Apa guna kata semati...
Jika waktu itu cinta berpaling tadah,
Mahu mencari kesenangan sendiri,
Dibiarkan aku sendiri,
Tanpa noktah hanya elipsis...
Elipsis...
Setinggi-tinggi janji setiamu,
Saat yang sukar,
Akan terlerai keikhlasan,
Tanpa sedar,
Kau buktikan agung cintamu,
Cinta tiada bandingnya.
Setinggi-tinggi darjat duniawi,
Ada hari aku sepi sendiri,
Waktu itu aku berharap...
Ada engkau... memberi hati,
Kemilau cinta bersinar terang,
Agar aku..
Mula berharap lagi.
Wednesday, July 25, 2012
CINTA TERAKHIR
Malam ini ku pergi melayan diri,
Lepak sendiri sambil melihat,
Telatah manusia..
Di bar,
Sedang minum wiski...
Seperti biasa dalam drama Asia,
Berfikir tentang..
Duit bukan duit,
Aku jutawan muda,
Money is not a problem.
I'm thinking of my fisrt love...
Bila hati terikat mula,
Segala perkara jadi begitu indah,
Rumput kering ku lihat segar,
Panas terik terasa nyaman,
Bila..
Cinta terjalin sesama kita.
Ada kata cinta pertama,
Ada kata cinta terakhir..
Ku rasa,
Cinta pertama itu cinta yang terakhir,
Cinta terakhir itu cinta yang pertama.
Gelas kedua,
Aku mula bercerita,
Riang hati lebur segala duka,
Gelas ketiga ingin bersuara,
Melaung cinta dalam lagu asmara.
Aku di sini kerana keliru,
Beginikah rasa bila dilamun cinta,
Sedikit hal kadang boleh menggugat dunia,
Takut sendiri,
Takut kehilangan..
Namun ada geram di dalam dada,
Dia kuat merajuk,
Memujuk aku belum biasa.
Apa-apa ku minum dulu,
Balik nanti,
Engkau akan ku rujuk,
Setelah ku temu sajak yang sesuai.
MELODI BERSAMAMU
Ini rasa yang aku dambakan,
Setelah tujuh musim berganti pergi,
Ketepikan yang pahit,
Selalu kenang masa manis bersama,
Sangat mudah untuk jadi bahagia.
Ku sandarkan tubuh di pohon jelita,
Memandang engkau sambil memetik gitar,
Lirik ku cipta melodi indah,
Laut dan pantai..
Tidak akan terpisah,
Sememangnya ada pasang dan surut.
Meriah bila dilangkau masa,
Kembali ke waktu itu,
Di mana kau dan aku,
Seperti kekal selamanya,
Jenguk tenung foto ku simpan,
Kalau ada mesin pemutar masa,
Hari itu..
Kita bertemu lagi.
Senja..
Subuh...
Pantai dan lautan,
Langit dan bumi,
Bulan berbintang-bintang,
Simbolik keturunan insan,
Masa demi masa kita lalui bersama,
Melodi bersamamu..
Merdu siulan burung-burung kenari.
Setelah tujuh musim berganti pergi,
Ketepikan yang pahit,
Selalu kenang masa manis bersama,
Sangat mudah untuk jadi bahagia.
Ku sandarkan tubuh di pohon jelita,
Memandang engkau sambil memetik gitar,
Lirik ku cipta melodi indah,
Laut dan pantai..
Tidak akan terpisah,
Sememangnya ada pasang dan surut.
Meriah bila dilangkau masa,
Kembali ke waktu itu,
Di mana kau dan aku,
Seperti kekal selamanya,
Jenguk tenung foto ku simpan,
Kalau ada mesin pemutar masa,
Hari itu..
Kita bertemu lagi.
Senja..
Subuh...
Pantai dan lautan,
Langit dan bumi,
Bulan berbintang-bintang,
Simbolik keturunan insan,
Masa demi masa kita lalui bersama,
Melodi bersamamu..
Merdu siulan burung-burung kenari.
Tuesday, July 24, 2012
DI MANA CINTA
Perlukah ku pasrah,
Ku impikan damai abadi,
Seluruh bumi penuh kekasih,
Jauh perang jua keganasan,
Di mana cinta...
Yang bertubi dilagukan lagu,
Yang bersemi dalam puisi,
Yang tertanam dendam di hati.
Tidakkah semua bersatu hati,
Bagi menikmati hidup di sini,
Sementara,
Bukan untuk selamanya,
Tidakkah engkau sedar,
Tidak selamanya kita di bumi.
Jadi kenapa kau main api,
Kata hendak berkawan diri,
Rupa-rupanya mahu membakar bumi,
Kenapa..
Siapa yang berjawab jitu,
Kenapa...
Di mana cinta!!!
Sedih ku lalui jalan pedati,
Politik janji,
Sosial berlebihan,
Ekonomi tamak dan haloba,
Pergi kamu perosak bumi,
Kenapa tercipta sifat insan seperti itu...
Tiadakah hati dalam hatimu,
Alasan mati syurga tetapi pembunuh!!!
Selalukah begini akan berakhir,
Di mana cinta..
Aku perhati merpati terbang,
Bebas di awan mungkin turut mengeluh,
Kejadian paras mata di bawah sana,
Perkara kecil diperbesar-besarkan,
Cinta tidak disemai abadi.
Tolonglah berpuas hati,
Dengan anugerah yang telah diberi,
Hidup berdamai antara alam,
Tolonglah berpuas hati,
Dengan hidup yang sederhana,
Bukan bumi yang kita puji..
Kasih di hati hormat-menghormati.
Ku impikan damai abadi,
Seluruh bumi penuh kekasih,
Jauh perang jua keganasan,
Di mana cinta...
Yang bertubi dilagukan lagu,
Yang bersemi dalam puisi,
Yang tertanam dendam di hati.
Tidakkah semua bersatu hati,
Bagi menikmati hidup di sini,
Sementara,
Bukan untuk selamanya,
Tidakkah engkau sedar,
Tidak selamanya kita di bumi.
Jadi kenapa kau main api,
Kata hendak berkawan diri,
Rupa-rupanya mahu membakar bumi,
Kenapa..
Siapa yang berjawab jitu,
Kenapa...
Di mana cinta!!!
Sedih ku lalui jalan pedati,
Politik janji,
Sosial berlebihan,
Ekonomi tamak dan haloba,
Pergi kamu perosak bumi,
Kenapa tercipta sifat insan seperti itu...
Tiadakah hati dalam hatimu,
Alasan mati syurga tetapi pembunuh!!!
Selalukah begini akan berakhir,
Di mana cinta..
Aku perhati merpati terbang,
Bebas di awan mungkin turut mengeluh,
Kejadian paras mata di bawah sana,
Perkara kecil diperbesar-besarkan,
Cinta tidak disemai abadi.
Tolonglah berpuas hati,
Dengan anugerah yang telah diberi,
Hidup berdamai antara alam,
Tolonglah berpuas hati,
Dengan hidup yang sederhana,
Bukan bumi yang kita puji..
Kasih di hati hormat-menghormati.
Monday, July 23, 2012
AKU UNTUKMU
Cemburu itu sudahku tahu,
Pasti berlaku bila tibanya sayang,
Dari hatimu ku tahu susah,
Aku tahu aku fahami,
Tidak perlu kau beritahu.
Intai jauh melihat dia,
Berdiri pegun di tembok Port Dickson,
Jauh merenung layar dilabuh,
Dari jauh sampai dekat di jeti,
Kembali rindu,
Ku harapkan ada kamu.
Jiwa muda mungkin pertama,
Mungkin pernah tapi tidak terasa,
Kini mengerti erti kepedihan,
Wajah manismu selalu dikenang,
Dalam hati..
Aku untukmu,
Ingat aku ada masa bual bersamaku.
Hendak ku usik bunga di taman,
Sekadar lihat senyum yang menawan,
Mata iras gadis tropika,
Asia Tenggara ku beri padamu,
Aku untukmu,
Jika itu hanya mahumu.
Kalau langkahku sepanjang Borneo,
Selangkah sudah dekat dudukmu,
Main mata senyum menggatal,
Ku jua mahu sentuh jarimu,
Yang cerah halus sulam sutera,
Pernahkah engkau membasuh pinggan...
Hahahahaha..... gurau sayang,
Tak boleh marah, nanti jerawat tumbuh..
Pasti berlaku bila tibanya sayang,
Dari hatimu ku tahu susah,
Aku tahu aku fahami,
Tidak perlu kau beritahu.
Intai jauh melihat dia,
Berdiri pegun di tembok Port Dickson,
Jauh merenung layar dilabuh,
Dari jauh sampai dekat di jeti,
Kembali rindu,
Ku harapkan ada kamu.
Jiwa muda mungkin pertama,
Mungkin pernah tapi tidak terasa,
Kini mengerti erti kepedihan,
Wajah manismu selalu dikenang,
Dalam hati..
Aku untukmu,
Ingat aku ada masa bual bersamaku.
Hendak ku usik bunga di taman,
Sekadar lihat senyum yang menawan,
Mata iras gadis tropika,
Asia Tenggara ku beri padamu,
Aku untukmu,
Jika itu hanya mahumu.
Kalau langkahku sepanjang Borneo,
Selangkah sudah dekat dudukmu,
Main mata senyum menggatal,
Ku jua mahu sentuh jarimu,
Yang cerah halus sulam sutera,
Pernahkah engkau membasuh pinggan...
Hahahahaha..... gurau sayang,
Tak boleh marah, nanti jerawat tumbuh..
TOLONG JANGAN
Ambil keretaku,
Ambil rumahku,
Ambil komputer ini,
Ambil radio ini,
Ambil kasut ini,
Ambil dompetku,
Ambil rantai ini,
Ambil emas ini..
Ambil segalanya milik dunia,
Tetapi jangan ambil gadisku.
Ambil dedaun ini,
Ambil pohon ini,
Ambil lautan biru,
Ambil gunung yang megah,
Ambil seluas tanah,
Ambil sejuta bintang,
Ambil rembulan penuh,
Ambil udara ini,
Ambil segala ciptaanMu,
Tetapi jangan ambil nyawa gadisku.
Ambil warna biru yang tenang,
Ambil warna yang hijau,
Ambil yang warna kuning,
Ambil semua perang,
Ambil warna ungu,
Ambil warna pelangi...
Ambil..
Tetapi jangan ambil gadisku.
Tolong jangan, tolong, jangan.....
Ambil rumahku,
Ambil komputer ini,
Ambil radio ini,
Ambil kasut ini,
Ambil dompetku,
Ambil rantai ini,
Ambil emas ini..
Ambil segalanya milik dunia,
Tetapi jangan ambil gadisku.
Ambil dedaun ini,
Ambil pohon ini,
Ambil lautan biru,
Ambil gunung yang megah,
Ambil seluas tanah,
Ambil sejuta bintang,
Ambil rembulan penuh,
Ambil udara ini,
Ambil segala ciptaanMu,
Tetapi jangan ambil nyawa gadisku.
Ambil warna biru yang tenang,
Ambil warna yang hijau,
Ambil yang warna kuning,
Ambil semua perang,
Ambil warna ungu,
Ambil warna pelangi...
Ambil..
Tetapi jangan ambil gadisku.
Tolong jangan, tolong, jangan.....
MORE THAN WORDS
Saying I love you,
Is not the words I want to hear from you,
It's not that I want you,
Not to say, but if you only knew,
How easy it would be to show me how you feel,
More than words is all you have to do to make it real,
Then you wouldn't have to say that you love me,
'Cause I'd already know...
What would you do if my heart was torn in two,
More than words to show you feel,
That your love for me is real,
What would you say if I took those words away,
Then you couldn't make things new,
Just by saying I love you,
More than words...
Now that I've tried to talk to you and make you understand,
All you have to do is close your eyes,
And just reach out your hands and touch me,
Hold me close don't ever let me go,
More than words is all I ever needed you to show,
Then you wouldn't have to say that you love me,
'Cause I'd already know.
Originally Sung by Extreme.
http://www.youtube.com/watch?v=tDsm_O9i88Q
Is not the words I want to hear from you,
It's not that I want you,
Not to say, but if you only knew,
How easy it would be to show me how you feel,
More than words is all you have to do to make it real,
Then you wouldn't have to say that you love me,
'Cause I'd already know...
What would you do if my heart was torn in two,
More than words to show you feel,
That your love for me is real,
What would you say if I took those words away,
Then you couldn't make things new,
Just by saying I love you,
More than words...
Now that I've tried to talk to you and make you understand,
All you have to do is close your eyes,
And just reach out your hands and touch me,
Hold me close don't ever let me go,
More than words is all I ever needed you to show,
Then you wouldn't have to say that you love me,
'Cause I'd already know.
Originally Sung by Extreme.
http://www.youtube.com/watch?v=tDsm_O9i88Q
TUTUP MATAMU
TUTUP MATAMU
Aku seperti mahu menggila,
Bila minda sangat terbatas,
Untuk melakukan tugas harian,
Minda tepu..
Tersekat segala madah.
Ku pohon bantu darimu dinda,
Namun membisu,
Bagai berkata dengan pokok getah,
Ditoreh pagi mengalir susu,
Luas terkata sepuluh juta.
Lena ku cari untuk membiarkan,
Masa berlalu juga tidak membantu,
Kerana aku perlu bekerja,
Sehari satu sekurang-kurangnya satu,
Untukmu..
Sempena perpisahan itu.
Di mana lagi ku cari ganti,
Berjuta bintang sebilangan bulan,
Tidak sama, tidak sama...
Bila matamu terpendam semalam,
Aku tahu hatimu renang,
Tutup matamu,
Kenang sewenang-wenang...
Kisah itu milik kita,
Walau hanya bermain di dalam minda.
Tutup matamu..
Aku sudah di depanmu.
Aku seperti mahu menggila,
Bila minda sangat terbatas,
Untuk melakukan tugas harian,
Minda tepu..
Tersekat segala madah.
Ku pohon bantu darimu dinda,
Namun membisu,
Bagai berkata dengan pokok getah,
Ditoreh pagi mengalir susu,
Luas terkata sepuluh juta.
Lena ku cari untuk membiarkan,
Masa berlalu juga tidak membantu,
Kerana aku perlu bekerja,
Sehari satu sekurang-kurangnya satu,
Untukmu..
Sempena perpisahan itu.
Di mana lagi ku cari ganti,
Berjuta bintang sebilangan bulan,
Tidak sama, tidak sama...
Bila matamu terpendam semalam,
Aku tahu hatimu renang,
Tutup matamu,
Kenang sewenang-wenang...
Kisah itu milik kita,
Walau hanya bermain di dalam minda.
Tutup matamu..
Aku sudah di depanmu.
Sunday, July 22, 2012
MENITI HARI
MENITI HARI
Tidak lama lagi,
Tua ini sedang menanti waktu,
Kini masa untuk mengimbas lagi,
Dari mula dahulu,
Sehingga hari ini berdepan dengan...
Kenangan silam.
Indah...
Hidup ini penuh keindahan,
Jika dilalui dengan tabah dalam masa abadi.
Ku kenang zaman si kecil,
Tidak tahu sampai ke sini,
Banyak masa bermain-main,
Lari dan berlari-lari..
Ku kenang zaman sekolah,
Ramai kawan suka dan duka,
Main lagi..
Remaja mula ku sedar,
Ada duka dalam kehidupan.
Cinta mungkin sudah berputik,
Ingat wajah budak-budak remaja,
Naif...
Sungguh indah..
Seperti air sungai mengalir jernih,
Sejuk bersih nyaman dan sentosa,
Kekalkan begitu,
Untuk pewaris nusa dan bangsa.
Dewasa ini,
Dunia bagai hanya duit dicari,
Harta kebun ladang juga pelaburan,
Sentiasa dibincang sesama sendiri,
Duit, duit.. duit.....
Atas berbagai alasan.
Si tua ini,
Duduk termenung,
Ingin mengingatkan mereka,
Bukan itu jadi bahagia,
Bahagia dan kepuasan hanya berlaku,
Jika kita terima seada-adanya,
Gunakan sekadar yang perlu,
Beri kegembiraan kepada insan yang perlu,
Yang tak kisah,
Biarkan sahaja..
Sambil ku meniti hari yang semakin sedikit,
Senyum ku berikan selalu kepada sesiapa,
Ku ucap salam tiap pertemuan,
Ku beri kata sepatah dua,
Sekadar mengingatkan,
Agar hati sentiasa senang,
Agar ku tenang pergi selamanya.
Tidak lama lagi,
Tua ini sedang menanti waktu,
Kini masa untuk mengimbas lagi,
Dari mula dahulu,
Sehingga hari ini berdepan dengan...
Kenangan silam.
Indah...
Hidup ini penuh keindahan,
Jika dilalui dengan tabah dalam masa abadi.
Ku kenang zaman si kecil,
Tidak tahu sampai ke sini,
Banyak masa bermain-main,
Lari dan berlari-lari..
Ku kenang zaman sekolah,
Ramai kawan suka dan duka,
Main lagi..
Remaja mula ku sedar,
Ada duka dalam kehidupan.
Cinta mungkin sudah berputik,
Ingat wajah budak-budak remaja,
Naif...
Sungguh indah..
Seperti air sungai mengalir jernih,
Sejuk bersih nyaman dan sentosa,
Kekalkan begitu,
Untuk pewaris nusa dan bangsa.
Dewasa ini,
Dunia bagai hanya duit dicari,
Harta kebun ladang juga pelaburan,
Sentiasa dibincang sesama sendiri,
Duit, duit.. duit.....
Atas berbagai alasan.
Si tua ini,
Duduk termenung,
Ingin mengingatkan mereka,
Bukan itu jadi bahagia,
Bahagia dan kepuasan hanya berlaku,
Jika kita terima seada-adanya,
Gunakan sekadar yang perlu,
Beri kegembiraan kepada insan yang perlu,
Yang tak kisah,
Biarkan sahaja..
Sambil ku meniti hari yang semakin sedikit,
Senyum ku berikan selalu kepada sesiapa,
Ku ucap salam tiap pertemuan,
Ku beri kata sepatah dua,
Sekadar mengingatkan,
Agar hati sentiasa senang,
Agar ku tenang pergi selamanya.
Saturday, July 21, 2012
HIKMAH
HIKMAH
Hendak kau tahu suatu cerita,
Marilah berjalan bersama denganku.
Si dia..
Dari kali pertama kami berbual,
Ku ucap sayang, sayang padanya..
Dia kata tidak terkata,
Lidah kelu hati meronta-ronta.
Terjalin kasih kami berdua,
Pertama ku pandang,
Manis senyuman,
Wanita dari tanah Melayu.
Dia bertahan selama yang dapat,
Datang ketika ku tahu hatinya pasrah,
Terima seadanya,
Terima... takdir yang ditentukan,
Apa lagi hendak dikata...
Jika kami bertemu seperti ini,
Inginkan bulan,
Yang sukar untuk digenggami.
Sayang sentiasa disayang,
Walau dia terpendam jauh di gugus sentosa,
Ku bahagia melihat dia bahagia,
Memang lelaki pernah mengecewakan,
Bukan sekali,
Ada tiga kali...
Ku tadah jemari doa padanya,
Kekasih..
Beri kesejahteraan dalam hidupnya,
Anak-anaknya nanti.
Ku berjalan,
Bersama salah seorang dari mereka,
Kau.. Hikmah.
Depanmu masih ada hutan yang tebal,
Teroka ia dengan hati pejuang,
Segala hikmah syukurlah padaNya.
Dengar kata ibumu...
Hendak kau tahu suatu cerita,
Marilah berjalan bersama denganku.
Si dia..
Dari kali pertama kami berbual,
Ku ucap sayang, sayang padanya..
Dia kata tidak terkata,
Lidah kelu hati meronta-ronta.
Terjalin kasih kami berdua,
Pertama ku pandang,
Manis senyuman,
Wanita dari tanah Melayu.
Dia bertahan selama yang dapat,
Datang ketika ku tahu hatinya pasrah,
Terima seadanya,
Terima... takdir yang ditentukan,
Apa lagi hendak dikata...
Jika kami bertemu seperti ini,
Inginkan bulan,
Yang sukar untuk digenggami.
Sayang sentiasa disayang,
Walau dia terpendam jauh di gugus sentosa,
Ku bahagia melihat dia bahagia,
Memang lelaki pernah mengecewakan,
Bukan sekali,
Ada tiga kali...
Ku tadah jemari doa padanya,
Kekasih..
Beri kesejahteraan dalam hidupnya,
Anak-anaknya nanti.
Ku berjalan,
Bersama salah seorang dari mereka,
Kau.. Hikmah.
Depanmu masih ada hutan yang tebal,
Teroka ia dengan hati pejuang,
Segala hikmah syukurlah padaNya.
Dengar kata ibumu...
TIADA YANG KEDUA
I miss those red roses..
Tiada yang kedua,
Itu dalam hatiku.
Itu dalam hatiku.
Di sana tidak seperti biasa,
Mudah bukan dunia,
Luas terpandang alam yang..
Tersangat indah,
Di hening subuh bermula,
Lewat senja malam berganti mesra.
I miss those red roses..
Rasa yang tiada kedua,
Kepuasan sejati hati yang mendaki,
Gunung tertinggi di Kinabalu.
I miss those red roses...
Again but with only you,
Bersama cipta kenangan anggun,
Lembut hatimu,
Selalu ingatkan aku,
Halus manja..
Friday, July 20, 2012
CURI-CURI SUKA
CURI-CURI SUKA
Jauh ku renung muara batasan,
Air dalam tidak terduga,
Pohon bakau hijau berketam,
Ku di jambatan antara kamu.
Bukan sedih di dalam hati,
Tapi terpegun dengan cintaku,
Curi-curi suka..
Ketawa sendiri pada keadaan,
Kau ku suka...
Belum lagi bercinta.
Sambil menunggu air panasku,
Untuk mandian sebentar lagi,
Hujan tadi tinggalkan salju,
Sejuknya... dunia.
Mandi nanti air disuam,
Ku cuba bayangkan,
Mandi denganmu...
Hihi..
Lucu, bila hati jadi suka,
Mungkin mencabar bila suka jadi cinta,
Sebab ada dua,
Antara kamu hanya satu jadi cinta.
Antara kamu hanya satu buat,
Rinduku menyala.....
Jauh ku renung muara batasan,
Air dalam tidak terduga,
Pohon bakau hijau berketam,
Ku di jambatan antara kamu.
Bukan sedih di dalam hati,
Tapi terpegun dengan cintaku,
Curi-curi suka..
Ketawa sendiri pada keadaan,
Kau ku suka...
Belum lagi bercinta.
Sambil menunggu air panasku,
Untuk mandian sebentar lagi,
Hujan tadi tinggalkan salju,
Sejuknya... dunia.
Mandi nanti air disuam,
Ku cuba bayangkan,
Mandi denganmu...
Hihi..
Lucu, bila hati jadi suka,
Mungkin mencabar bila suka jadi cinta,
Sebab ada dua,
Antara kamu hanya satu jadi cinta.
Antara kamu hanya satu buat,
Rinduku menyala.....
Thursday, July 19, 2012
BAWAKU PERGI
BAWAKU PERGI
Suria pagi memancar lagi,
Awal terjaga aku terus bernyanyi,
Pergi bersiar puncak bukit yang cantik,
Ada halaman,
Padang rumput di Seri Aman.
Dalam kepesatan dunia membangun,
Aku tinggalkan sehari semalam,
Berjinak manja dengan kampungku,
Pernah kau jejak,
Dalam tahun Bidayuh.
Bawaku pergi...
Bawaku pergi,
Oh lena dua mataku,
Bawaku pergi,
Ke alam mimpi indah,
Jadikan dia muncul di sana,
Senyum harummu,
Tenangkan diriku.
Selamanya aku bermimpi,
Selamanya aku ternanti,
Biarlah mata tidak berbuka lagi,
Asal di mimpi kau dan aku duduk bercanda.
Bawaku pergi.. bawaku pergi... bawaku pergi.... ba.. wa.. ku..........
Suria pagi memancar lagi,
Awal terjaga aku terus bernyanyi,
Pergi bersiar puncak bukit yang cantik,
Ada halaman,
Padang rumput di Seri Aman.
Dalam kepesatan dunia membangun,
Aku tinggalkan sehari semalam,
Berjinak manja dengan kampungku,
Pernah kau jejak,
Dalam tahun Bidayuh.
Bawaku pergi...
Bawaku pergi,
Oh lena dua mataku,
Bawaku pergi,
Ke alam mimpi indah,
Jadikan dia muncul di sana,
Senyum harummu,
Tenangkan diriku.
Selamanya aku bermimpi,
Selamanya aku ternanti,
Biarlah mata tidak berbuka lagi,
Asal di mimpi kau dan aku duduk bercanda.
Bawaku pergi.. bawaku pergi... bawaku pergi.... ba.. wa.. ku..........
BAYANGAN ILHAM
BAYANGAN ILHAM
Kotak kosong...
Ku cantum di kala tiada hidupku,
Jadi patung yang ada tapi tiada nyawa,
Perhatikan.
Ku letak ia berdepan dengan daun yang lusuh,
Dahulu hijau jatuh ke bumi tinggal memori..
Hatiku kosong bila kau jauh menyepi,
Katanya.
Renyai titis hujan yang turun,
Menambah kesayuan ingat padamu,
Bukan rindu.. sahaja ingat,
Suatu waktu itu,
Kaulah ilhamku,
Terus mencari walau sepi,
Bayangan ilham, semalam...
Ku tegakkan petak terbesar,
Dongakkan ia ke langit,
Lapangkan dada,
Mencari langkah pertama,
Semula...
Kotak ini,
Pasti lebur jika terjatuh,
Dibasahi,
Sekali lagi,
Oleh keputusanmu.
Kotak kosong...
Ku cantum di kala tiada hidupku,
Jadi patung yang ada tapi tiada nyawa,
Perhatikan.
Ku letak ia berdepan dengan daun yang lusuh,
Dahulu hijau jatuh ke bumi tinggal memori..
Hatiku kosong bila kau jauh menyepi,
Katanya.
Renyai titis hujan yang turun,
Menambah kesayuan ingat padamu,
Bukan rindu.. sahaja ingat,
Suatu waktu itu,
Kaulah ilhamku,
Terus mencari walau sepi,
Bayangan ilham, semalam...
Ku tegakkan petak terbesar,
Dongakkan ia ke langit,
Lapangkan dada,
Mencari langkah pertama,
Semula...
Kotak ini,
Pasti lebur jika terjatuh,
Dibasahi,
Sekali lagi,
Oleh keputusanmu.
Wednesday, July 18, 2012
NAGA ASMARA
NAGA ASMARA
Terpukau bibir dari berkata,
Melihat engkau pandai bermain mata,
Nakal..
Missed call untukku,
Sempat kau dengar suara manjaku,
Kau tutup sesaat selepas itu.
Duduk berdua lihat insan menyanyi,
Lagu country joget selamba Jepun,
Cuit kentang satu per satu,
Gelak dan mata tembus bajuku,
Amarahmu naga asmara...
Butang ku longgarkan dari atas ke bawah,
Rambut kusut ku genggam naga,
Bisik padu nikmat bersatu,
Naga beradu..
Sejurus api pudar di baldu.
Masih ku rindu,
Tanda tubuhmu..
Ada naga,
Seluruh belakangmu,
Ingin ku bertarung sekali lagi,
Dengan sang naga,
Sang naga yang marah,
Naga asmara...
Namun hilang pupus atau sedang berselindung di bawah lautan ungu.
Terpukau bibir dari berkata,
Melihat engkau pandai bermain mata,
Nakal..
Missed call untukku,
Sempat kau dengar suara manjaku,
Kau tutup sesaat selepas itu.
Duduk berdua lihat insan menyanyi,
Lagu country joget selamba Jepun,
Cuit kentang satu per satu,
Gelak dan mata tembus bajuku,
Amarahmu naga asmara...
Butang ku longgarkan dari atas ke bawah,
Rambut kusut ku genggam naga,
Bisik padu nikmat bersatu,
Naga beradu..
Sejurus api pudar di baldu.
Masih ku rindu,
Tanda tubuhmu..
Ada naga,
Seluruh belakangmu,
Ingin ku bertarung sekali lagi,
Dengan sang naga,
Sang naga yang marah,
Naga asmara...
Namun hilang pupus atau sedang berselindung di bawah lautan ungu.
NYAWA NADIKU
NYAWA NADIKU
Aku lesu,
Ku pandu laju keretaku,
Merentasi hidup penuh liku,
Tanpa tahu arah harus ku tuju.
Ku terpandang dirimu,
Yang memandu melaluiku,
Terdetik di jiwa kecilku,
Siapakah gerangan si pemandu itu,
Ingin ku mengenalimu...
Tanpa segan dan silu,
Ku sapa dirimu,
Kau membatu seakan terkedu..
Ku ingin berlalu,
Tapi sempat kau menahan aku.
Kini,
Kau milikku,
Berdua kita menyatu..
Memadu asmara tanpa jemu,
Menerima diriku sepenuh jiwamu,
Tanpa mempeduli kisah laluku.
Aku sangat bahagia kau di samping selalu,
Terima kasih sayangku...
Tanpa dirimu,
Tak mungkin ku sedar kelebihan sebenar diriku,
Kaulah... nyawa nadiku.
By HeArt.
Tuesday, July 17, 2012
TANPA ENGKAU
Janji,
Apa makna janji..
Jika tak pernah ditepati,
Hanya berharap terjadinya sakti,
Untuk mengubati hati yang disakiti.
Janji..
Perlukah diungkapkan,
Memberi segala harapan,
Yang tak pasti,
Bila akan ditunaikan..
Menghanyutkan diri,
Di tengah lautan,
Agar diri,
Tidak terlalu mengharapkan,
Sesuatu yang tak pasti,
Jadi kenyataan.
Janji..
Keperitan menguasai,
Menyeksa jiwa suci,
Memeritkan jauh dalam hati,
Menusuk luka,
Yang pasti,
Berdarah kembali...
Janji..
Tidak perlu berjanji lagi,
Kerana..
Aku tak ingin disakiti,
Seperti sebelum ini,
Apa yang pasti,
Aku bahagia tanpa engkau di sisi,
Dengan janji-janji palsu kau beri.
Aku rela dirimu pergi,
Dan membiarkan diriku sendiri.
By HeArt.
Apa makna janji..
Jika tak pernah ditepati,
Hanya berharap terjadinya sakti,
Untuk mengubati hati yang disakiti.
Janji..
Perlukah diungkapkan,
Memberi segala harapan,
Yang tak pasti,
Bila akan ditunaikan..
Menghanyutkan diri,
Di tengah lautan,
Agar diri,
Tidak terlalu mengharapkan,
Sesuatu yang tak pasti,
Jadi kenyataan.
Janji..
Keperitan menguasai,
Menyeksa jiwa suci,
Memeritkan jauh dalam hati,
Menusuk luka,
Yang pasti,
Berdarah kembali...
Janji..
Tidak perlu berjanji lagi,
Kerana..
Aku tak ingin disakiti,
Seperti sebelum ini,
Apa yang pasti,
Aku bahagia tanpa engkau di sisi,
Dengan janji-janji palsu kau beri.
Aku rela dirimu pergi,
Dan membiarkan diriku sendiri.
By HeArt.
KU MAHU
MENJAGA HATIMU
MENJAGA HATIMU
Terpegun diri di awal subuh,
Mencari haluan yang diliputi kabus,
Segalanya terhenti,
Tidak tahu hendak ke mana,
Jaga diri,
Untuk menjaga hatimu.
Si buta tahu rasa kegelapan,
Hanya hitam dalam pandangan,
Mataku celik melihat jalan,
Namun seperti seorang buta,
Kaku dalam kebingungan.
Gelisah jika teruskan jalanan,
Takut kembali sesatnya jalan,
Kini,
Aku tunggu sinar mentari,
Menghapuskan seketika embun di pagi.
Aku bersama hati,
Hatiku dan hatimu..
Menjaga hatimu bukan lagi pilihanku.
Terpegun diri di awal subuh,
Mencari haluan yang diliputi kabus,
Segalanya terhenti,
Tidak tahu hendak ke mana,
Jaga diri,
Untuk menjaga hatimu.
Si buta tahu rasa kegelapan,
Hanya hitam dalam pandangan,
Mataku celik melihat jalan,
Namun seperti seorang buta,
Kaku dalam kebingungan.
Gelisah jika teruskan jalanan,
Takut kembali sesatnya jalan,
Kini,
Aku tunggu sinar mentari,
Menghapuskan seketika embun di pagi.
Aku bersama hati,
Hatiku dan hatimu..
Menjaga hatimu bukan lagi pilihanku.
Monday, July 16, 2012
SEJAK MENGENALIMU
Kenal...
Ku rasakan mengenalimu,
Amat bermakna bagi diriku..
Jauh di sudut hatiku tersemai bibit-bibit rindu,
Yang aku sendiri tidak mengerti makna rasa itu.
Sepi..
Kau menyepi tanpa kata,
Kau membisu seribu cerita,
Tapi aku..
Tetap menantimu dengan sejuta harapan,
Mengharap kasih yang tak kunjung tiba.
Kembali..
Kini kau kembali,
Dengan madah-madahmu sekali lagi,
Mengembalikan semua nostalgia,
Yang pernah kita lalui bersama,
Menyatu satu rasa,
Rasa yang tak akan terungkai selamanya.
Harap..
Harapan ku padamu,
Kau tak akan pernah menyepi lagi dariku,
Agar kita dapat mengecapi,
Hari-hari indah bersama selalu...
Kerana itulah harapanku sejak mengenalimu.
Biarpun engkau tidak pernah tahu,
Bahawa aku telah jauh meninggalkanmu...
By HeArt.
Ku rasakan mengenalimu,
Amat bermakna bagi diriku..
Jauh di sudut hatiku tersemai bibit-bibit rindu,
Yang aku sendiri tidak mengerti makna rasa itu.
Sepi..
Kau menyepi tanpa kata,
Kau membisu seribu cerita,
Tapi aku..
Tetap menantimu dengan sejuta harapan,
Mengharap kasih yang tak kunjung tiba.
Kembali..
Kini kau kembali,
Dengan madah-madahmu sekali lagi,
Mengembalikan semua nostalgia,
Yang pernah kita lalui bersama,
Menyatu satu rasa,
Rasa yang tak akan terungkai selamanya.
Harap..
Harapan ku padamu,
Kau tak akan pernah menyepi lagi dariku,
Agar kita dapat mengecapi,
Hari-hari indah bersama selalu...
Kerana itulah harapanku sejak mengenalimu.
Biarpun engkau tidak pernah tahu,
Bahawa aku telah jauh meninggalkanmu...
By HeArt.
Sunday, July 15, 2012
KITA INSAN BIASA
Andainya dapat kuulang semula,
Suatu zaman yang bernama remaja,
Akan terpelihara segala milikku,
Hanya buatmu...
Lautan mana yang tidak bergelombang,
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan,
Aku sepertimu ada waktu diburu,
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...
Diriku mawar pudar warna,
Tiada lagi yang istimewa,
Dapat dipersembahkan,
Menjadi satu lambang sucinya percintaan.
Usah lagi kita persoalkan,
Keterlanjuran di masa nan silam,
Kusedia terima dirimu seadanya,
Kita insan biasa...
Suatu zaman yang bernama remaja,
Akan terpelihara segala milikku,
Hanya buatmu...
Lautan mana yang tidak bergelombang,
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan,
Aku sepertimu ada waktu diburu,
Oleh dosa-dosa masa yang lalu...
Diriku mawar pudar warna,
Tiada lagi yang istimewa,
Dapat dipersembahkan,
Menjadi satu lambang sucinya percintaan.
Usah lagi kita persoalkan,
Keterlanjuran di masa nan silam,
Kusedia terima dirimu seadanya,
Kita insan biasa...
Sung by Ramli Sarip & Shima.
https://www.youtube.com/watch?v=ofOzYTWwSpo&feature=related
INGAT JANJI KITA
Pagi tadi aku berjalan di tepi pantai,
Hendak memukat sekumpulan ikan,
Telah selamat berlabuh jaring itu,
Ku cari kayu,
Tempat duduk menunggu.
Terlihat tunggul berzaman,
Hanyut terpinggir tepian bakau,
Indah seperti kekal di sana,
Ku pandang tak jemu,
Ufuk jauh nun di sana.
Air masin mula ditarik oleh sang bulan,
Batu-batu tajam menyerah kepada petang,
Di situ kau duduk senyum bergambar,
Dahulu,
Sebelum kita berkenal.
Ingat janji kita..
Tidak ku ingat lagi,
Kerana masa menenggelamkan ia,
Jauh ke dasar,
Timbul tidak muncul lagi.
Lepaskan,
Biar kita mungkirkan,
Itu sekadar janji,
Pada waktu itu, pada waktu itu...
Masih ada kunci,
Laluan ke taman kita,
Satu untuk engkau,
Satu ku simpan sendiri,
Kini,
Dua padaku satu kunci rumahku.
Hendak memukat sekumpulan ikan,
Telah selamat berlabuh jaring itu,
Ku cari kayu,
Tempat duduk menunggu.
Terlihat tunggul berzaman,
Hanyut terpinggir tepian bakau,
Indah seperti kekal di sana,
Ku pandang tak jemu,
Ufuk jauh nun di sana.
Air masin mula ditarik oleh sang bulan,
Batu-batu tajam menyerah kepada petang,
Di situ kau duduk senyum bergambar,
Dahulu,
Sebelum kita berkenal.
Ingat janji kita..
Tidak ku ingat lagi,
Kerana masa menenggelamkan ia,
Jauh ke dasar,
Timbul tidak muncul lagi.
Lepaskan,
Biar kita mungkirkan,
Itu sekadar janji,
Pada waktu itu, pada waktu itu...
Masih ada kunci,
Laluan ke taman kita,
Satu untuk engkau,
Satu ku simpan sendiri,
Kini,
Dua padaku satu kunci rumahku.
SERASI SEHATI
Cepat mari kita kembara,
Kita libatkan cinta dalam perlumbaan,
Deras mengaum enjin keretaku,
Kita terbang laju,
Jika engkau mahu,
Hanya serasi sehati,
Akan selamat bersamaku,
Tidak muntah keranaku.
Semat indah tali pinggangmu,
Yakin padaku,
Jangan kau ragu kasihku,
Ku bawa engkau ke masa hadapan,
Yang penuh misteri,
Tiada siapa yang pernah alami.
Walau apapun ia,
Bersedia sayangku,
Kita tempuh halangan di sana,
Yakinlah padaku, yakin padaku...
Andai nanti tidak dapat ku memandu,
Dorong aku dan bantulah aku,
Jangan kau biarkan aku sendiri,
Kita pernah berjanji,
Sehidup dan semati,
Serasi sehati itu kekuatan kita.
Laju sayangku,
Tumpu titik depanmu,
Jangan risau keadaanku,
Aku masih mampu,
Selagi hatiku dan hidupku,
Berputar bersamamu...
Kita libatkan cinta dalam perlumbaan,
Deras mengaum enjin keretaku,
Kita terbang laju,
Jika engkau mahu,
Hanya serasi sehati,
Akan selamat bersamaku,
Tidak muntah keranaku.
Semat indah tali pinggangmu,
Yakin padaku,
Jangan kau ragu kasihku,
Ku bawa engkau ke masa hadapan,
Yang penuh misteri,
Tiada siapa yang pernah alami.
Walau apapun ia,
Bersedia sayangku,
Kita tempuh halangan di sana,
Yakinlah padaku, yakin padaku...
Andai nanti tidak dapat ku memandu,
Dorong aku dan bantulah aku,
Jangan kau biarkan aku sendiri,
Kita pernah berjanji,
Sehidup dan semati,
Serasi sehati itu kekuatan kita.
Laju sayangku,
Tumpu titik depanmu,
Jangan risau keadaanku,
Aku masih mampu,
Selagi hatiku dan hidupku,
Berputar bersamamu...
AKU JANJI II
Pertemuan,
Berganti perpisahan,
Ada selamanya,
Ada hanya sementara,
Kau pergi ku tahu tidak lama.
Sebelum;
Aku bertanya,
Bila akan aku engkau tinggalkan,
Seminggu lagi..
Aku tak gusar,
Kerana masa akan memberi kenal,
Kepada istilah,
Frasa merindu...
Bila rindu,
Ia membakar semangat pahlawan,
Untuk berjuang dengan penuh habisan,
Kembali nanti,
Suatu aura akan tercetus,
Musim cinta untuk kita yang baharu,
Lebih hargai,
Kerana hilang telah kita alami.
Semasa;
Selamat jalan aku ucapkan,
Jaga diri,
Pasti kita berhubung lagi,
Ku pesan sehari satu,
Setuju kau beri aku,
Aku janji, tak perlu berjanji...
Selepas;
Hangat rindu dari kejauhan,
Walau dinafikan,
Nyata kenyataan,
Kura-kura dalam perahu..
Pura-pura sebenarnya mahu,
Mengatakan, ya rindu..
Namun...
Setelah masa berganti hari,
Sampai masa berganti tahun,
Engkau dingin,
Seperti embun di setiap subuh,
Menggigil sendiri,
Tak tahu engkau di mana,
Ada tetapi bagai tiada.
Aku janji,
Tunggu tiap-tiap hari,
Pikul beban rindu si dia.
Berganti perpisahan,
Ada selamanya,
Ada hanya sementara,
Kau pergi ku tahu tidak lama.
Sebelum;
Aku bertanya,
Bila akan aku engkau tinggalkan,
Seminggu lagi..
Aku tak gusar,
Kerana masa akan memberi kenal,
Kepada istilah,
Frasa merindu...
Bila rindu,
Ia membakar semangat pahlawan,
Untuk berjuang dengan penuh habisan,
Kembali nanti,
Suatu aura akan tercetus,
Musim cinta untuk kita yang baharu,
Lebih hargai,
Kerana hilang telah kita alami.
Semasa;
Selamat jalan aku ucapkan,
Jaga diri,
Pasti kita berhubung lagi,
Ku pesan sehari satu,
Setuju kau beri aku,
Aku janji, tak perlu berjanji...
Selepas;
Hangat rindu dari kejauhan,
Walau dinafikan,
Nyata kenyataan,
Kura-kura dalam perahu..
Pura-pura sebenarnya mahu,
Mengatakan, ya rindu..
Namun...
Setelah masa berganti hari,
Sampai masa berganti tahun,
Engkau dingin,
Seperti embun di setiap subuh,
Menggigil sendiri,
Tak tahu engkau di mana,
Ada tetapi bagai tiada.
Aku janji,
Tunggu tiap-tiap hari,
Pikul beban rindu si dia.
UNTUK DIA II
Berulang kembali nama diberi,
Ku turut hendak empunya diri,
Sekali lagi,
Mungkin yang dahulu tidak menjurus,
Kepada engkau yang aku rindu.
Dinda..
Cinta pandang pertama,
Sudah ku susun dalam bait sebelum,
Pertama pandang,
Ruang masa terhenti seketika,
Dari kerja yang dipohon dunia,
Aku merenung wajah manismu,
Cerah..
Ceria..
Muda..
Semua tersusun indah,
Kau senyum,
Bagai tahu sedang direnung,
Aku senyum,
Beralah kepada dia.
Setelah saat romantis itu,
Hari-hariku dipenuhi diari,
Untuk menatap wajah si dia,
Masa..
Suara..
Gelak ketawa..
Gurau senda..
Diuji dan teruji,
Buat aku ternanti-nanti,
Terjaga di malam hari.
Untuk dia,
Ku seru hujan di kemarau panjang,
Agar senang di dapur masakmu,
Tidak perlu, kau pergi perigi...
Putar pili air turun sendiri.
Ku turut hendak empunya diri,
Sekali lagi,
Mungkin yang dahulu tidak menjurus,
Kepada engkau yang aku rindu.
Dinda..
Cinta pandang pertama,
Sudah ku susun dalam bait sebelum,
Pertama pandang,
Ruang masa terhenti seketika,
Dari kerja yang dipohon dunia,
Aku merenung wajah manismu,
Cerah..
Ceria..
Muda..
Semua tersusun indah,
Kau senyum,
Bagai tahu sedang direnung,
Aku senyum,
Beralah kepada dia.
Setelah saat romantis itu,
Hari-hariku dipenuhi diari,
Untuk menatap wajah si dia,
Masa..
Suara..
Gelak ketawa..
Gurau senda..
Diuji dan teruji,
Buat aku ternanti-nanti,
Terjaga di malam hari.
Untuk dia,
Ku seru hujan di kemarau panjang,
Agar senang di dapur masakmu,
Tidak perlu, kau pergi perigi...
Putar pili air turun sendiri.
Saturday, July 14, 2012
DALAM GITARKU
Sudikah engkau,
Jika aku menjemputmu ke suatu halaman,
Tidak jauh,
Hanya dalam gitarku.
Sudikah engkau,
Menari bersamaku,
Dalam gitarku,
Kerana...
Dalamnya ada pelangi yang sungguh berseri,
Ada bintang yang bersinar amat terang,
Maafkan aku,
Sudilah bersamaku..
Akan ku buat engkau tersenyum,
Ketawa...
Menyanyi dengan penuh emosi,
Berpeluk menari,
Di bawah sulaman besi,
Dalam gitarku.
Adakalanya,
Engkau akan tertanya..
Unik sungguh cintaku,
Tak perlu diulang,
Aku dengar dan aku mengerti.
Ada rasa yang hendak ku cari,
Pernah dahulu sebati dalam jiwaku,
Hilang ia ku tahu jua ke mana,
Kini mencari lagi,
Dalam gitarku,
Ku mahu bersamamu.
Sudikah engkau...
Jika tidak,
Aku biarkan,
Mungkin kita tidak setala,
Jika ya...
Kau pasti teruja dalam halaman yang ku bina,
Berirama dan bermandi melodi.
HAI
HAI
Cinta pandang pertama,
Inilah cinta pandang pertama,
Hendak ku capai semua yang ada,
Akan ku letak di dalam kamarku,
Atau ku simpan depan rumahku,
Seperti tercinta pada gadis yang ringkas.
Sekelip mata,
Segalanya mahu aku miliki,
Sekelip mata,
Seperti lama sudah aku kenali,
Sekelip mata,
Sudah terjatuh hati,
Inilah...
Cinta pandang pertama.
Tak perlu berbagai lebih yang dicari,
Cuba sekadar,
Ada langit tempat berjanji,
Ada awan pelindung lara,
Ada bunga penyeri hidup,
Ada taman ruang kita bicara,
Tentang bulan,
Tentang kamu...
Sekali pandang,
Aku telah terjatuh cinta,
Segala dunia aku tolak ke sana,
Mata tertumpu mahu mengatakan,
Hai...
Cinta pandang pertama,
Inilah cinta pandang pertama,
Hendak ku capai semua yang ada,
Akan ku letak di dalam kamarku,
Atau ku simpan depan rumahku,
Seperti tercinta pada gadis yang ringkas.
Sekelip mata,
Segalanya mahu aku miliki,
Sekelip mata,
Seperti lama sudah aku kenali,
Sekelip mata,
Sudah terjatuh hati,
Inilah...
Cinta pandang pertama.
Tak perlu berbagai lebih yang dicari,
Cuba sekadar,
Ada langit tempat berjanji,
Ada awan pelindung lara,
Ada bunga penyeri hidup,
Ada taman ruang kita bicara,
Tentang bulan,
Tentang kamu...
Sekali pandang,
Aku telah terjatuh cinta,
Segala dunia aku tolak ke sana,
Mata tertumpu mahu mengatakan,
Hai...
Friday, July 13, 2012
SILAP MENGERTI
SILAP MENGERTI
Selalu diri dianalisis,
Kritikal hidupku kau bawa mari,
Tak perlu diteliti gerak geri ini,
Sudahkah kau beri diri mengerti,
Silap hari kau silap mengerti.
Bola terlantun dari dinding kiri,
Pulang kembali ke tembok seri,
Yang terlihat perlu kau lihat,
Yang tersirat,
Sepatutnya kita gilap,
Agar tak jadi,
Silap mengerti.
Kumbang berlari tercari bini,
Jerit cengkerik sebalik api,
Diserap sinar sang pari-pari,
Pasti juga,
Kelopak kembang pagi Ahad nanti.
Kata falsafah;
Usah dirisau kepayahan ini,
Tiada mengerti itu tidak semesti,
Luangkan hari bermadah diri,
Sampai mengerti apa yang kau cari..
Semak perlahan,
Kata perlahan,
Dalam hati tiada siapa yang sudi,
Mereka jangan dipeduli..
Selalu diri dianalisis,
Kritikal hidupku kau bawa mari,
Tak perlu diteliti gerak geri ini,
Sudahkah kau beri diri mengerti,
Silap hari kau silap mengerti.
Bola terlantun dari dinding kiri,
Pulang kembali ke tembok seri,
Yang terlihat perlu kau lihat,
Yang tersirat,
Sepatutnya kita gilap,
Agar tak jadi,
Silap mengerti.
Kumbang berlari tercari bini,
Jerit cengkerik sebalik api,
Diserap sinar sang pari-pari,
Pasti juga,
Kelopak kembang pagi Ahad nanti.
Kata falsafah;
Usah dirisau kepayahan ini,
Tiada mengerti itu tidak semesti,
Luangkan hari bermadah diri,
Sampai mengerti apa yang kau cari..
Semak perlahan,
Kata perlahan,
Dalam hati tiada siapa yang sudi,
Mereka jangan dipeduli..
BERBASIKAL LAGI
BERBASIKAL LAGI
Dari jauh ku lihat kau di sana,
Seperti impian untuk sampai kemuncak,
Bermula dari kayuh pertama,
Sekali lagi aku mencuba.
Dalam kayuhan ada bermacam pandangan,
Ku hayati misteri alam yang dicipta,
Untuk apa...
Adakah sekadar hidup dan mati..
Perlukah dinikmati selagi hari,
Persoalan demi persoalan,
Cita-cita ku tabur di sanubari,
Untuk mencapai hasrat di hati,
Genggam aura cinta semalam.
Tanpa berkata lagi,
Titis peluh yang jatuh tadi,
Ku biarkan meresap ke gunung tinggi,
Inspirasi...
Melihat pohon semarak api,
Tiada lagi tinggal ranting bergigi.
Berkhayal sejenak aku di sini,
Fikir tentang dunia,
Fikir pelbagai aspirasi,
Mahu jadi kaya...
Fuhh..
Mahu hidup bahagia,
Fuhh..
Segalanya ada di depan mata,
Cuma berani belum lagi,
Untuk meneroka kepuasan abadi.
Berbasikal lagi,
Setelah matahari bersinar dinihari.
Dari jauh ku lihat kau di sana,
Seperti impian untuk sampai kemuncak,
Bermula dari kayuh pertama,
Sekali lagi aku mencuba.
Dalam kayuhan ada bermacam pandangan,
Ku hayati misteri alam yang dicipta,
Untuk apa...
Adakah sekadar hidup dan mati..
Perlukah dinikmati selagi hari,
Persoalan demi persoalan,
Cita-cita ku tabur di sanubari,
Untuk mencapai hasrat di hati,
Genggam aura cinta semalam.
Tanpa berkata lagi,
Titis peluh yang jatuh tadi,
Ku biarkan meresap ke gunung tinggi,
Inspirasi...
Melihat pohon semarak api,
Tiada lagi tinggal ranting bergigi.
Berkhayal sejenak aku di sini,
Fikir tentang dunia,
Fikir pelbagai aspirasi,
Mahu jadi kaya...
Fuhh..
Mahu hidup bahagia,
Fuhh..
Segalanya ada di depan mata,
Cuma berani belum lagi,
Untuk meneroka kepuasan abadi.
Berbasikal lagi,
Setelah matahari bersinar dinihari.
ERTI CINTA
Termenung ku bercelaru,
Memikirkan cinta,
Di mana sebenar,
Namanya cinta.
Tak tertahan hati ini,
Bila kau berkata,
Sememangnya aku,
Menyintaimu..
Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah,
Kau dan aku bagai tiada arah,
Namun aku percaya kita akan mengatasi,
Segalanya hanya untukmu,
Kupasti...
Sama-sama kita kembali,
Sama-sama kita binakan,
Cinta yang pernah mekar,
Untuk engkau dan aku..
Sama-sama kita tempuhi,
Sama-sama kita rasakan,
Apa yang dinamakan,
Erti cinta sebenar...
Sung by Maya Karin.
http://www.youtube.com/watch?v=lV3Vs59Y1PA
Memikirkan cinta,
Di mana sebenar,
Namanya cinta.
Tak tertahan hati ini,
Bila kau berkata,
Sememangnya aku,
Menyintaimu..
Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah,
Kau dan aku bagai tiada arah,
Namun aku percaya kita akan mengatasi,
Segalanya hanya untukmu,
Kupasti...
Sama-sama kita kembali,
Sama-sama kita binakan,
Cinta yang pernah mekar,
Untuk engkau dan aku..
Sama-sama kita tempuhi,
Sama-sama kita rasakan,
Apa yang dinamakan,
Erti cinta sebenar...
Sung by Maya Karin.
http://www.youtube.com/watch?v=lV3Vs59Y1PA
PERGILAH SAYANG
Bersama seketika dalam biara cinta,
Kini masa redha kau pergi,
Pergilah sayang...
Tinggallah aku bersama kenangan,
Yang diukir teguh,
Dalam ruang mindaku,
Selagi hayat dapat memperkenankan,
Ia terus perhati,
Mata merpati terbang tinggi.
Pergilah sayang...
Pergi kepada si dia,
Dia ku harap dapat menjagamu,
Setia dan selalu membantumu,
Bila kau ingat aku,
Pejam matamu,
Ingat senyumku...
Kalaulah aku.
Ku relakan,
Ku abadikan cinta kita,
Bukan lagi bersama jasad,
Dalam hati sentiasa berada di penjuru,
Untukmu.. kini ku terima kenyataan,
Mata ku tutup tanda hadapi,
Seperti tak mahu terbuka lagi.
Rembulan,
Malam ini ku intai kau di mana,
Oh... ada di sebelah sana,
Sinarmu indah dalam kegelapan,
Sinarkan jua untuk insan yang ku cinta,
Cinta, bukan sayang..
Jauh dari mata dan tidak bersama,
Namun selalu di sini...
Kini masa redha kau pergi,
Pergilah sayang...
Tinggallah aku bersama kenangan,
Yang diukir teguh,
Dalam ruang mindaku,
Selagi hayat dapat memperkenankan,
Ia terus perhati,
Mata merpati terbang tinggi.
Pergilah sayang...
Pergi kepada si dia,
Dia ku harap dapat menjagamu,
Setia dan selalu membantumu,
Bila kau ingat aku,
Pejam matamu,
Ingat senyumku...
Kalaulah aku.
Ku relakan,
Ku abadikan cinta kita,
Bukan lagi bersama jasad,
Dalam hati sentiasa berada di penjuru,
Untukmu.. kini ku terima kenyataan,
Mata ku tutup tanda hadapi,
Seperti tak mahu terbuka lagi.
Rembulan,
Malam ini ku intai kau di mana,
Oh... ada di sebelah sana,
Sinarmu indah dalam kegelapan,
Sinarkan jua untuk insan yang ku cinta,
Cinta, bukan sayang..
Jauh dari mata dan tidak bersama,
Namun selalu di sini...
Thursday, July 12, 2012
HANYA AKU YANG TAHU
Berdiam sejak semalam,
Tak tahu apa yang berlaku,
Dari pandang ku tahu ada,
Tiba-tiba sekatan terhalang,
Duduk diam,
Ku renung laut yang surut.
Jauh dia termenung,
Ingin terus atau ke arah lain,
Ini soal hati,
Tiada siapa boleh memberi erti,
Walau,
Nanti pasti tidak dapat direstui,
Dihalang oleh keadaan.
Hanya aku yang tahu,
Pernah jua aku bermimpi,
Pohon redup memberi teduh,
Sampai masa hanyut ke pantai,
Surut pagi hingga ke petang,
Malam pasang membanjiri pipi...
Menangis,
Jangan menangis lagi,
Tak mahu ada menangis lagi.
Tak tahu apa yang berlaku,
Dari pandang ku tahu ada,
Tiba-tiba sekatan terhalang,
Duduk diam,
Ku renung laut yang surut.
Jauh dia termenung,
Ingin terus atau ke arah lain,
Ini soal hati,
Tiada siapa boleh memberi erti,
Walau,
Nanti pasti tidak dapat direstui,
Dihalang oleh keadaan.
Hanya aku yang tahu,
Pernah jua aku bermimpi,
Pohon redup memberi teduh,
Sampai masa hanyut ke pantai,
Surut pagi hingga ke petang,
Malam pasang membanjiri pipi...
Menangis,
Jangan menangis lagi,
Tak mahu ada menangis lagi.
FORMULA KATA
FORMULA KATA
Sehari ku lalui terasa tak jitu,
Jika tiada kata bersatu,
Dari mata turun ke hati,
Dari hati deras ke jari,
Formula kata,
Terjawab segala tanya.
Dalam sedar kadang tidak sedar,
Kalimah bibir diseru pena yang maya,
Bukan hanya sekadar bicara,
Akan terjadi peristiwa sejarah,
Belum hari ini,
Terkumpul pada tahun ini,
Saat berganti peminit,
Terus bersemi walau tiada lagi,
Aku di sini.
Sebuah berian untuk si dia,
Nilai tidak dapat kau cari,
Suatu hari nanti,
Hanya yang mengerti,
Si kecil pada masa kini,
Dewasa nanti,
Laman berseri dahulu pernah kita lewati.
Formula kata,
Melebihi sang bijaksana,
Rahsia unggul terkubur di puncak pujangga.
TIADA WAJAH
TIADA WAJAH
Lemas tubuh berlabuh di bangku,
Tidak tahu hendak dibuat apa sisa hari,
Ku tunggu,
Tunggu dan tunggu...
Tidak tahu apa ditunggu.
Mungkin getaran dari telefon bimbitku,
Teman memanggil,
Jom pergi jalan,
Ke sana,
Tempat biasa.
Belum getar lagi,
Mungkin jam tujuh nanti,
Selalunya jam lapan pasti,
Kalau,
Kalau mereka terfikir tentang aku,
Hanya tunggu,
Cari mereka,
Belum masaku.
Tiada wajah dalam mindaku,
Kosong tanpa haluan,
Bosan mungkin kata yang mengerti,
Bosan,
Aku bosan...
Ku lihat rumput di laman,
Masih indah menyeri mata,
Ku lihat jam dinding di depan,
Masih pendek arah jam lima,
Tunggu,
Menanti,
Itu suatu penyeksaan.
Lemas tubuh berlabuh di bangku,
Tidak tahu hendak dibuat apa sisa hari,
Ku tunggu,
Tunggu dan tunggu...
Tidak tahu apa ditunggu.
Mungkin getaran dari telefon bimbitku,
Teman memanggil,
Jom pergi jalan,
Ke sana,
Tempat biasa.
Belum getar lagi,
Mungkin jam tujuh nanti,
Selalunya jam lapan pasti,
Kalau,
Kalau mereka terfikir tentang aku,
Hanya tunggu,
Cari mereka,
Belum masaku.
Tiada wajah dalam mindaku,
Kosong tanpa haluan,
Bosan mungkin kata yang mengerti,
Bosan,
Aku bosan...
Ku lihat rumput di laman,
Masih indah menyeri mata,
Ku lihat jam dinding di depan,
Masih pendek arah jam lima,
Tunggu,
Menanti,
Itu suatu penyeksaan.
JUST A STEP FROM THE TRUTH
Just A Step From The Truth
My eyes lay rested on the depth of the great chasm that lies before meThe feeling made me sick, full of anger, and most of all hateful
Everyone has, or had, a great chasm to cross in their life
There are no bridges, no jets, or planes
No way across, except the faith of life and the truth of your heart
One step decides the path you follow
Many would just stand at the edge, trying to draw to a conclusion
Others take a step and fall into their own inner darkness
Only few make it across to their destiny, much less make it to fame and glory
Having their name on a placard with the greats
Fame, a misleading word, it draws you in with riches, then it takes the beautiful glory of life away
My foot seemed to pick itself up
It only was weighed down by the wrongs I've performed before this time
Mid-step I stopped to think if I would fall,
But thought was the least of my worries, and I carried on with the action
My foot fell and my body along with it
No one was there to laugh, or cry, or even just to stare
No sound was displayed as I fell
Only accompanied by my hate and anger, I didn't make it out
That, that is when darkness comes ...
By Eloy Lang
Wednesday, July 11, 2012
ADA APA DENGAN CINTA
ADA APA DENGAN CINTA
Ini kata terunggul,
Ayat penggugat iman cintaku,
Ada apa dengan cinta...
Mari duduk depanku sayang,
Di rumput ini laman bandaraya,
Cantik sayang indah hadirmu,
Bertanya itu,
Ada apa dengan cinta...
Ada apa dengan cinta.
Kau senyum,
Aku ternganga pula,
Baharu sahaja hendak ku luah,
Kata cinta kepada dirimu,
Aku cinta padamu..
Tidak sempat,
Kau membunuh niat hatiku.
Aku kagum dengan kata itu,
Tidak pernah aku fikirkan,
Hanya aku lalui dengan mata nurani,
Jika ada,
Jadilah..
Jika tiada,
Tunggu sahaja.
Ada apa dengan cinta...
Bagiku,
Cinta itu nikmat tapi awas.
Jangan dilihat ikatan perkahwinan,
Jauh sekali jalinan pertunangan,
Apatah lagi hanya kawan-kawan,
Cinta bukan nyata begitu,
Cinta..
Suatu yang kau dan aku rasa,
Suatu yang sungguh membahagiakan,
Suatu yang sangat memeritkan,
Suatu yang begitu memenatkan,
Tapi terus dilakukan,
Sehingga bertemu,
Kamu.
Ini kata terunggul,
Ayat penggugat iman cintaku,
Ada apa dengan cinta...
Mari duduk depanku sayang,
Di rumput ini laman bandaraya,
Cantik sayang indah hadirmu,
Bertanya itu,
Ada apa dengan cinta...
Ada apa dengan cinta.
Kau senyum,
Aku ternganga pula,
Baharu sahaja hendak ku luah,
Kata cinta kepada dirimu,
Aku cinta padamu..
Tidak sempat,
Kau membunuh niat hatiku.
Aku kagum dengan kata itu,
Tidak pernah aku fikirkan,
Hanya aku lalui dengan mata nurani,
Jika ada,
Jadilah..
Jika tiada,
Tunggu sahaja.
Ada apa dengan cinta...
Bagiku,
Cinta itu nikmat tapi awas.
Jangan dilihat ikatan perkahwinan,
Jauh sekali jalinan pertunangan,
Apatah lagi hanya kawan-kawan,
Cinta bukan nyata begitu,
Cinta..
Suatu yang kau dan aku rasa,
Suatu yang sungguh membahagiakan,
Suatu yang sangat memeritkan,
Suatu yang begitu memenatkan,
Tapi terus dilakukan,
Sehingga bertemu,
Kamu.
Tuesday, July 10, 2012
UE O MUITE ARUKOU ( I LOOK UP AS I WALK )
I look
up as I walk,
So that the tears won't fall,
Remembering those spring days,
But I am all alone tonight.
I look up as I walk,
Counting the stars with tearful eyes,
Remembering those summer days,
But I am all alone tonight.
Happiness lies beyond the clouds,
Happiness lies up above the sky,
I look up as I walk,
So that the tears won't fall,
Though the tears well up as I walk,
For tonight I'm all alone tonight..
Remembering those autumn days,
But I am all alone tonight,
Sadness lies in the shadow of the stars,
Sadness lurks in the shadow of the moon.
I look up as I walk,
So that the tears won't fall,
Though the tears well up as I walk,
For tonight I'm all alone...
http://www.youtube.com/watch?v=fNCYpSwg2fA&feature=related
So that the tears won't fall,
Remembering those spring days,
But I am all alone tonight.
I look up as I walk,
Counting the stars with tearful eyes,
Remembering those summer days,
But I am all alone tonight.
Happiness lies beyond the clouds,
Happiness lies up above the sky,
I look up as I walk,
So that the tears won't fall,
Though the tears well up as I walk,
For tonight I'm all alone tonight..
Remembering those autumn days,
But I am all alone tonight,
Sadness lies in the shadow of the stars,
Sadness lurks in the shadow of the moon.
I look up as I walk,
So that the tears won't fall,
Though the tears well up as I walk,
For tonight I'm all alone...
http://www.youtube.com/watch?v=fNCYpSwg2fA&feature=related
HANYA AKU SAYANG KAU SEORANG
Bila engkau tiada di sisiku,
Aku gembira...
Senyum sayangku,
Muka begitu sudah ku sangka,
Ayat itu belum selesai,
Kerana,
Bila engkau ada di sisi,
Aku sangat gembira,
Tiada kesayuan bersama dirimu,
Keranamu,
Aku sentiasa ceria,
Seceria sifatmu,
Bila duka,
Aku turut berduka.
Bila jauh ku tutup mata,
Dalam hati ku rasa engkau ada di sini,
Di sini,
Dalam dadaku,
Di sana terasa sayang menusuk kalbu,
Meriah terang di gurun ini,
Australia...
Di sana kita bertemu.
Wahai angin lautan Pasific,
Sampaikan salam kepada lautan Hindi,
Layarkan cinta sayang padanya,
Katakan padanya,
Hanya aku sayang kau seorang..
Hanya aku sayang kau seorang,
Hanya aku sayang kau seorang...
Tiga kali,
Supaya dia mengerti.
Aku gembira...
Senyum sayangku,
Muka begitu sudah ku sangka,
Ayat itu belum selesai,
Kerana,
Bila engkau ada di sisi,
Aku sangat gembira,
Tiada kesayuan bersama dirimu,
Keranamu,
Aku sentiasa ceria,
Seceria sifatmu,
Bila duka,
Aku turut berduka.
Bila jauh ku tutup mata,
Dalam hati ku rasa engkau ada di sini,
Di sini,
Dalam dadaku,
Di sana terasa sayang menusuk kalbu,
Meriah terang di gurun ini,
Australia...
Di sana kita bertemu.
Wahai angin lautan Pasific,
Sampaikan salam kepada lautan Hindi,
Layarkan cinta sayang padanya,
Katakan padanya,
Hanya aku sayang kau seorang..
Hanya aku sayang kau seorang,
Hanya aku sayang kau seorang...
Tiga kali,
Supaya dia mengerti.
Subscribe to:
Posts (Atom)