Thursday, January 14, 2016

PINARASAKAN

ibu muda geleng kepala
termenung panjang
basung gagap
menghadap hari-hari nusa

mata basung
dan ibu
sesekali berpandangan
bagaimana...
bagaimana mahu bertahan lama
peti sejuk telah rosak
duit suami
belum memadai
takob akob mengetuk manja
teringat pesan mentua
pinarasakan
resepi bertahan lama
gegas si ibu menyemai kasih
diharmonikan
kunyit, halia, takob akob juga garam
dididih rebusan sepekat malam

No comments:

Post a Comment