Tuesday, February 3, 2015

RUNGUS ITU (Hadiah kepada Momogunsia)

Kami duduk bersahaja
satu kaki melintang belahan bambu rata
satu lagi tegak sembilan puluh darjah
tangan kiri menongkat lewa
satu lagi malas di riba


dia, aku lihat suap berselera
setelah tadi sempat berjenaka
walau tahu aku, dia lelah
setelah menebas lalang berela-ela
aku yang singgah bagai raja

satu ulas nangka dicelupnya segenggam nasi huma
liurnya telah lama resah
akhirnya...
muah... muah... muah...
berjamah kunyah

ini sinamu katanya,
aku angguk dia tanpa tanda tanya (masih aku dilamun cinta)
adakah tradisi Rungus itu akan terus leluasa?
setidakpun dicerita oleh cicit-cicit mereka
setidakpun hanya sekeluarga kerana aku tahu yang lain ada hanyut ditelan masa dan kota

cukuplah bermadah katanya,
dia tahu aku siapa sebenarnya...
aku mula sedar segera
sinamu aku redah tanpa harga
tapi penuh maruah bangsa.

No comments:

Post a Comment