Friday, May 23, 2014

HATI LELAKI

Pantas dia berlari
melompat sana sini
mencari
untuk akhiri misi.

Dalam perpeluhan
darah mengalir tidak dirasai
seketika
ganasnya berbadan sasa
bila misi di hujung kegelapan
terbuka cahaya menanti.

Lebur luluh hati lelaki
kekerasan lakunya
tidak terlawan
tertawan pada
ketelusan cinta yang ada,
lalu dengan getar suara garaunya
hampir tidak dapat dilafazkannya
bahawa
dia sudah jatuh cinta
pada seorang wanita.


No comments:

Post a Comment