Sunday, May 11, 2014

APA SAHAJA

Tubuhku rasa melayang-layang
hatiku rasa di awang-awangan
bila kau berkata padaku
tanpa aku tunggu.

Bibir ini suka senyum dan ingin lagi senyum
walau sendiri
tidak perlu ada diri
ker'na hatiku mengerti.

Alangkah indahnya jika s'tiap hari begini
betapa mahu aku bercinta,
bergembira,
berbahagia,
setelah petang tadi masa yang ku cari
seperti sudah mahu terhenti.

Berkatalah lagi sayangku...
katakan apa sahaja ke... padaku,
ker'na apa sahaja yang dilafazkan oleh bibirmu
setiap nafas itu membuat hatiku ceria.


No comments:

Post a Comment