Friday, April 18, 2014

LEMBUT LIDAH BERBICARA

Perlukah kau lafaz
akulah insan yang paling jahat di bumi ini?

Lalu kau putuskan aku
kerana sakit sungguhkah hatimu?

Tidak ku nafi
memang telah satu hati ku hancurkan.
Namun...
cuba kau amati lelaki itu
orang yang "dihormati",
bukan satu hati dihancurkan olehnya,
beribu-ribu. Tidak jahatkah dia?

Suatu bangsa dicaci
suatu kepercayaan dimanipulasi
malah keturunannya sendiri juga diprasangka.
Tidak jahilkah itu?

Malah...
insan yang telah pergi juga
dimaki-maki; ...seperti tidak pernah berpuas hati.
Kenapa tidak kau bunuh diri dari terus dihantui? Jadi hantu.

Bila ku sebar kasih cinta yang abadi,
lebih dan majoriti
beralih pada yang menyebarkan kata-kata dan tingkah laku yang tidak bermaruah.

Lembut lidah berbicara
ku tahan dari terus bermadah amarah.
Kerana...
'Dia yang membuat engkau marah, telah pun menguasai engkau.'


No comments:

Post a Comment