Wednesday, April 16, 2014

DI SETIAP SENYUMMU ADA TANGISKU

Dan selepas hari ini,
ungkapkata di setiap senyummu ada tangisku
tidak lagi kau buntu
kau senyum begitu juga aku
bila kau menangis,
...akan ada air mataku di pelukanmu.

Dari pandangan pertama hingga ke hari ini
kau sentiasa indah di hatiku
tidakkah kau lihat betapa riangnya hatiku
senyumku tidak lalu bercumbu
tapi sungguh mahu memeluk dirimu.

Ku relakan lemak-lemak manis yang ada di tubuhmu
kerana itulah penambah manismu
seri di wajahmu janganlah kau hilangkan
sinarkan seperti pada hari ini...
bila tadi kau lafazkan, 'Aku mahu'.


No comments:

Post a Comment