Friday, February 14, 2014

JADI MILIKKU

Lama hendak aku bermula,
tercari kata untuk hari pencinta
belum lagi bercinta,
aku tahu hanya aku yang mencinta.

Biarlah kata hatiku
walau seribu patah kata
jika sudah lakumu seperti tidak mahu mencintaku
aku tahu...
kerana aku.

Kini...
hanya mampu aku melihat
walau sedekat hingga nampak tahi lalatmu
di pipi kanan itu
dengan bibir dan mata yang ku mahu
debar jantungku hingga kaku bicara malu
pantas aku berlalu
menegurmu hanya satu,
dan yang satu itu hanya namamu...
Dalam hatiku
kuharap engkau jadi milikku.


No comments:

Post a Comment