Saturday, August 24, 2013

TERPULANGLAH

Sematkan tema dari luhur pencinta,
wadah malah turut tertanya,
dan bertanya.

Mengapa sering kau kata rindu?

Mesti dia tidak dekat denganmu,
atau juga tidak lagi bertemu.

Mengapa tidak kau luah sayang?

Sedangkan engkau mahu menyayang,
atau juga belum bertenang.

Mengapa selalu hendak kau ulang?

Sudikah engkau jika dia datang,
atau kembali berterus terang.

Mengapa..
Mengapa juga kau tunggu masa?

Hampir sezaman menunggu bulan,
atau sedang mencari ilham.

Mengapa bunga jadi igauan?

Tidak cukupkah ciptaan Tuhan,
atau sengaja malas berjalan.

Mengapa tetap sungguh pendirian?

Beranikah engkau melanggar batu,
atau terjun dari bangunan.

Mengapa suka berandai-andaian?

Tiadakah pasti dalam hatimu,
atau keinginan sudah terbuntu.

Mengapa nyawa jadi taruhan?

Sedarkah engkau hidup hanya sekali,
atau mungkin kau telah mati.

Mengapa..
Mengapa aku engkau jarakkan?

Takutkah engkau terjatuh cinta,
atau aku tiada rupa.

Terpulanglah.


No comments:

Post a Comment