Saturday, August 3, 2013

SAYAP MERPATI

Sambil melangkah seiring ke situ,
mata kadang berbalas pandangan,
hati dua ingin jadi satu,
mustahil...
telah jadi abu.

Engkau mengeluh,
kutanya padamu...

Tidak percayakah engkau padaku?

Engkau berpaling,
dan terus tunduk membisu..

Sayap merpati itu lambang kebebasan,
untuk kau terbang sehingga ke pohon maskara..
itu di mana? ...katamu.

Mengalir maskara itu kerana airmatamu,
laksana sungai turun hingga ke pipi lautan,
di sana.. kulafazkan sayang untukmu,
agar hulu kesedihan,
kembali tenang dikongsi hilir permulaan.


No comments:

Post a Comment