Thursday, August 9, 2012

DIPAGAR RINDU

Embun menitis dari rambut ini,
Tadi menitis jatuh dari pohon durian,
Belum berbuah,
Tapi hatiku riang,
Kerana tambah sehari lagi,
Dan lagi.. lagi... lagi.....
Mentari muncul lagi,
Awal pagi yang menyepi,
Sinar itu menjelingku,
Tanda riang menanti,
Di kala diri dipagar rindu.

Sedang berjalan di sekitar rumahku,
Menikmati indah awal subuh ini,
Melihat bumi kembali mekar,
Semalam telah sah berlalu,
Kini bermula lembaran baru,
Merpati hitam juga sudah sedia,
Untuk melebarkan sayap terbang tinggi ke udara,
Mesti indah dari pandangan mereka.

Basah rumput hijau bermuda,
Turut terasa dingin di kakiku,
Harum taman buah dan debunga,
Ibarat syurga aku berada,
Bersiul memanggil anak anjing di beranda,
Datang ia bermain denganku,
Berjalan ria nakal berdua,
Ibu mereka perhati sahaja.

Perlahan sinar tinggi ke awan,
Tempias bias ke bumi indah,
Pohon getah dan akasia,
Turut meriah diselubungi jernih,
Namun hati dilanda sayu,
Ingat engkau jauh kemarau,
Aku dipagar rindu,
Pagar ku sapu sentiasa berkayu.

No comments:

Post a Comment