Wednesday, August 29, 2012

JELAJAH CINTA

Cinta bukan sebuah rasa...
Cinta itu suatu pilihan,
Pilih pasangan yang sesuai di hati,
Kerana rasa hati boleh memindahkan gunung.

Usah terjatuh cinta,
Kata jatuh sudah memadai,
Bukti kecewa akan bermula..
Tiada romantis dalam kata jatuh,
Cinta perlu mencari...

Aku cari dari dahulu lagi,
Satu ganti satu,
Jadi dua..
Dua ganti dua,
Pernah jadi tiga..
Cinta ku terus cari,
Walau terikat sauh kapal di pelabuhan.


Ada cinta jalan yang senang,
Sering berkali perlu dijuang,
Menjelajah ke alam ku julang,
Ku tenang..
Jalin hubungan.

Pernah lewat cinta yang datang,
Ku sangka itu bukan cinta,
Hanya sayang pada tubuh badan,
Rupanya ku sedar itu semesta alam,
Ada pergaduhan juga sindiran,
Ada ria ketawa sendirian,
Ada asam hidup jadi bergaram,
Engkau yang terbaik dalam serumpun hidupan.

Beginilah hidup bersama diriku,
Suka tak suka kena kau hayati,
Jangan menilai dari awal perjalanan,
Nilai bila kau rasa hujung tidak berteman,
Aku tidak tahu..
Apa tercatat dalam buku suratan,
Sahaja ku menunggang kuda hitam pergi berperang,
Sampai masa terlerai segala kusutan,
Bunga indah rasa tumbuh mekar di dalam jiwa.

Cuma ku sedar..
Bila jelajah cinta yang kita lalui,
Hingga akhirnya bukan milik kita berdua,
Untuk dia..
Namun sudah ku katakan..
Walau terikat kapal di sebuah pelabuhan,
Cinta bebas berdiam dalam hati kau dan aku.

No comments:

Post a Comment