Tuesday, April 13, 2021

HITAM

Hitam itu tandanya misteri

kerana malam ramai yang ligat bermimpi

entah kenapa

itu mimpi yang indah semalam bagiku

mimpimu bagaimana kawan


seolah-olah benar nyata

kerana jariku tuntas merangkaikan beribu patah kata

hingga terjalin satu ayat yang sangat bererti

masa itu abadi yang tak ternilai

jam tangan yang digelangi lengan lelaki membawa satu tanda—

dia menepati janji.


Jika pernah kautemu lelaki yang tidak menepati janji, bateri di hatinya pasti sudah tidak berfungsi. 


MAS CARRA

Kudat, Sabah

No comments:

Post a Comment