Friday, March 6, 2020

KEMBALILAH DAMAI

Ufuk barat mulai ditutup tirai senja
indahnya kedinginan ini
ia memancarkan hati nurani
antara kita
air keruh biarlah berlalu melalui
air masa...
kembalilah mendamai sesama
kerana kasih ini
tanpa hujungnya
umpama siang dan malam
terang dan gelap
suka dan duka
sihat mahupun sakit
bukankah segala sesuatu dicipta
ada baik serta buruknya.

No comments:

Post a Comment