Tuesday, March 24, 2015

SEMBILAN PULUH SEN

Bosan dari malam
pagi kunekadkan diri
hari ini aku
bawa diri


selesai sahaja
siapi diri
kupicu kunci Axia biru
ke Mega Long aku

dalam hati mahu manjai diri
pemulanya rambut
aku duduk pada kerusi empuk
segarnya rasa saraf di kepala dibelai keras

siap dan aku bayar
dua puluh lima ringgit
sahaja
berkerut dahiku; bukankah bulan lalu dua puluh?

tidak kisah.
aku kemudian ke lot kuku
meriasi kuku memang kelaziman
agar sihat dipandang

siap dan aku bayar
lima belas ringgit
sahaja
berkerut lagi dahiku; bukankah bulan lalu sepuluh?

semakin ambil kisah.
pada tengahari yang tidak terasa bahang suria
perutku mulai goyang
aku singgah di KFC, weh... makan ayam via Snack Plate

kenyang... dan aku bayar, lagi
empat belas ringgit dan sembilan puluh sen
sahaja
berkerut lagi dahiku; aku pesan Dinner Platekah tadi?

tidak apa,
untung badan makan
"Window Shopping" aku layan
tiba-tiba... aku mahu kencing

tercegat di depan pintu
senyum makcik indah berseni
terpampang jelas dan nyata;
dua ringgit sahaja untuk masuk tandas!

Matilah!
semakin aku geram
nasib baik aku tidak menahan
masuk dulu nantilah bayar ujarku

sambil duduk
aku berkira-kira
lupus sudah lima puluh enam ringgit
dan sembilan puluh sen akibat bosan.

No comments:

Post a Comment