Wednesday, August 27, 2014

BUKAN MILIKKU (Tribute to #MH17)

Terpanggil dipilih aku
hatiku haru,
lalu tertanya satu, kenapa aku?
Telah aku...

Dari saat itu...
kuimbas kembali nota buku
laluan kerjaya dalam hidupku
sebagai pemandu.

Seminit sebelum saatnya berlaku
setelah butang baju kusemat satu persatu
kaku berdepan waktu
tidak terungkap dengan apa pun buku.

Lalu...
walau berat ribu apa yang kupandu
tahukah kamu, berat lagi hatiku...
terlalu sayu.

Menghembus tanpa jemu
titis airmata adakalanya mahu mengaku
kala di awan biru...
menderu laju-laju.

Setibanya di situ
kulandaskan dengan tabah hati yang paling jitu
persis tidak mahu kamu terganggu
demi tenang rohmu juga jasadmu.

Kau bukan milikku...
kutabik kehormatan padamu
selamat kembali ke tanahairmu, pada keluargamu...
dan damailah ke arah penciptamu.


No comments:

Post a Comment