Tuesday, November 5, 2013

PELUANG TERAKHIR

Begitu banyak cintaku,
tidak pernah akan kau tahu,
begitu banyak kenangmanisku,
ku harap denganmu akanlah yang paling indah.

Benarkah hatiku ini?
Jika tidak,
kenapa semua punya rasa...?

Dikata aku buaya..
kenapa dia dekat padaku?

Tidak takutkah dia,
akan ku baham hatinya..

Salah.
Semua anggapan mereka salah.
Semua salah...

Mereka tidak menghargai cinta,
kasih yang diberi pada manusia...

Kekal kau pada yang satu,
kerana dia terus denganmu.

Kekalku terbantut-bantut,
kerana mereka tidak terus denganku.

Ku harapkan...
ini peluang terakhir bagiku.
Tidak mahu ku mula sesekali lagi,
cukuplah yang terakhir denganmu.

Tolonglah kekal setia denganku.. ratuku...
kerana kau berbeza..
kerana kau gadis impianku.

Cinta yang pertama akan jadi yang terakhir,
janganlah yang terakhir jadi yang pertama semula.
Kasih bukan pertandingan.