Tuesday, May 7, 2013

LUPAKAN AKU

Tidak perlu,
Untuk ku idamkan maafmu padaku,
Tidak perlu,
Baca lagi ayat ringkasmu,
Tidak perlu,
Kau ingat padaku,
Kerana aku telah lupakan aku.

Kerana maaf akan buatmu lupa padaku,
Kerana ayatmu buat aku terus menunggu,
Tidak perlu...

Biar hanya mimpi ini jadi temanku,
Bersama burung nuri bukan lagi merpati,
Bersama aku juga kenangan aku.