Wednesday, January 2, 2013

SAYANG MELEBIHI CINTA

Ada kemewahan,
Bagi pasangan yang saling memahami,
Amati kisah ini...

"Berjalan di lantai itu,
Kami lihat makan yang mewah,
Dalam perut lapar bergegaran,
Mata memandang antara sesama...
Sedap sayang,
Tapi kita tak mampu.
Tabahlah, lain hari kita beli."

Walau hajat tidak kesampaian,
Demi sayang,
Dalam hati ingin membeli untuknya,
Terlalu sayang..
Dia faham,
Kami tidak mampu.

Cinta bukan begitu,
Cinta akan melakukan apa sahaja.

Kami pilih sayang melebihi cinta.
Kerana sayang, wang bukan kebahagiaan,
Faham dan hormat menghormati,
Itu suatu keagungan.

(Aku sayang padamu.. sesungguhnya. Apa yang kau rasa, memang benar.)

No comments:

Post a Comment