Tuesday, January 29, 2013

HANYA KAU TAHU

Antara kata di Nusantara,
Kata cinta sungguh luarbiasa.

Antara buku di perpustakaan,
Ia buku yang sangat ku damba.

Antara sinar bintang di angkasa,
Yang terindah dekat padaku.

Antara hijau rumput di laman,
Pekat segar itu buat aku bernyawa.

Antara benci dan rindu ini,
Lumrah dunia adakala sengsara.

Antara buah di ladang berbuah,
Manis rasamu ingin aku beradu.

Antara bunga di pekan Kundasang,
Terus mekar walau masa tak sedar,
Terus harum...
Walau diri tak sedar,
Terus dipandang hingga buta memandang.

Mereka tahu siapa namaku,
Mereka tahu ku lakukan apa..
Betapa dalam hidup seseorang,
Betapa indah rindu-rinduku...
Hanya kau tahu,
Kerana ia dalam hatimu.

No comments:

Post a Comment