Nampaknya,
Ia tidak lagi kembali.
Ada semerah di dalam biru,
Jadi biru jadi keliru,
Bila debu dalam genangan,
Menitis yakin hilang semakin hilang.
Nampaknya,
Ia tidak akan kembali semula.
Batu ku susun dari satu ke timbunan,
Nampaknya,
Tidak ia akan sama,
Segagah raja di gunung perawan,
Tinggi di awan tidak tergapai sawan.
Nampaknya..
Yang telah ku lepaskan,
Tidak mahu berpaling lagi.
Merpati putih..
Telah dia aku lepaskan,
Semoga hilang perindu,
Kepada merpati itu.
Terbang kau terbang,
Sehingga ke pohon maskara,
Jauh menjauh lagi,
Semoga tidak bersua mimpi.
No comments:
Post a Comment