Tuesday, August 7, 2012

LORONG METROPOLITAN

Mentari muncul lagi,
Senja nanti pasti tenggelam semula,
Hilang dari horizon,
Di lorong metropolitan,
Sentiasa ada sepanjang masa,
Siang sentiasa terang malam jadi siang.

Ku selak langsir satin ke tepi tingkap,
Ada engkau berdiri di situ,
Hampir setiap masa,
Siapa yang kau tunggu..
Atau apa yang engkau nanti,
Adakah cinta dalam kelambu..
Siapa dia dalam bilangan itu...

Malah rindu sayu perhati,
Keteguhan cinta yang dia anuti,
Tiap masa ada jejak matanya,
Sedalam itu cintanya pada hatiku,
Mahu berbicara,
Dari tadi dahulu hingga sebentar tadi nanti pasti kembali..

Jika burung bebas bersarang,
Datang dekatku akan ku hiaskan bantalmu,
Sudah dekat ku cumbu bibirmu,
Untuk menyampaikan sayang padamu,
Bila kata tidak bermakna,
Hanya cara penentu gembira,
Terima kasih sentiasa di sana,
Sekali lagi aku melihat,
Dia masih lagi di sana..
Sebentar tadi ku tahu dia perhati.

Aku harap si dia bukan si dia tetapi si dia,
Engkau rumit namun itu pembawa suka aku padamu.
Malam menjadi terang dengan ketenangan,
Aku tahu hatimu penuh keriangan dan kepuasan,
Bila dapat merenung tulisan lampu-lampu neon,
Di lorong metropolitan,
Terima kasih kedua kali,
Di jendela ini aku turut memandang,
Di bawah sedar aku turut menanti.....

No comments:

Post a Comment