Sebelum ku lenakan mata,
Diri ini memecahkan air tenang di pantai yang tenang,
Hampir ku hilang arah,
Bila lama memendam rasa,
Rasa cinta..
Jadi kecewa...
Bila laut sentiasa bergelora,
Sangat ku impikan saat tenang sunyi di taman.
Batu dilontar jadi pusaran,
Tegang di permukaan ganti senyuman,
Beralun ombak sekecil hati,
Besar tsunami tersebar hingga ke tepian.
Indah menawan hanya dua balingan..
Berdesir pantai dilanda air lautan.
Cukuplah...
Kata itu terbenam di pasir yang kelabu,
Ku selamkan jari,
Istana ku bina untuk bidadari,
Rasa mual halusinasi,
Hanya wajahmu melintas depanku,
Senyum itu pemanis hariku,
Itu bukan dia yang ku rindu.
Anak ikan renang berkawan-kawan,
Ada yang girang hingga terbang ke udara,
Senja mula muncul dan mahu bermalam,
Ku biarkan sampai hatiku tenang,
Ku lontar lagi satu harapan,
Berulang-ulang suatu sulaman,
Beralun.. alun... alun.....
Desiran pantai menjemputku pulang.
No comments:
Post a Comment