Sunday, August 5, 2012

INGIN TAHU

INGIN TAHU

Aku sedar wujud yang lebih romantis,
Kata diolah kata demi kata,
Dibaca sayu jadi panji berpadu,
Dibaca hati,
Disuara oleh bibir penglipur lara.

Aku mahu beri seperti itu,
Yang terbaik hanya untukmu,
Yang terburuk telah ku beri,
Kerana itu..
Engkau tiada lagi.

Aku mahu..
Ku ingin tahu,
Esok nanti jika aku mendeklamasikan jitu,
Adakah engkau berlinang berair mata...
Seorang putera turun memuja engkau,
Yang dahulu sehijau sang katak yang manja,
Kisah dongeng bermula dari saat itu,
Yang mustahil jadi perkara tidak mustahil,
Hati ditawan seorang raja..
Bukan kerana keperwiraan,
Hanya sekadar pengimbang rindu di dada.

Ku ingin tahu... seluhur jiwaku.

No comments:

Post a Comment