Thursday, August 9, 2012

DARI DIRIMU

Cinta umpama bahasa,
Ia sama namun hati perlu fahami,
Ada banyak;
Cerita bahagia,
Bahasa jadi satu bangsa,
Ada banyak;
Tinggal kecewa,
Bahasa kini antara benua.

Dari dirimu..
Semua dari dirimu yang mahu bercinta,
Lain pengertian tiap kata cinta,
Teringat aku pada misteri yang lalu.

Ku sedar dalam kunci gitarku,
Ia sama,
Namun ada suara berbeza,
Ada melodi bertahan di hati,
Tidak berminat ku lerai udara,
Tutup telinga tidak mahu menerima.

C.. Am.. F dan G..
Empat kod dengan beribu janji,
Terpulang pada yang punya diri,
Dari dirimu.. dari dirimu,
Ini cintaku,
Tidak perlu kau persoal lagi.

Tidak suka; Pergi...
Suka; selamat datang ke dunia penyanyi..

Adakala ku cipta lagu terindah,
Kena terima ada lagu menderita...
Ia bukan sekadar setia,
Ia terima segala-gala,
Ia bukan cari dan kenal diri,
Ia kisah kau buat sendiri,
Esok terjadi kerana ada... hari ini.

No comments:

Post a Comment