Tuesday, August 14, 2012

MENATAP MATAMU

Tidak ku sangka ia jadi begini,
Aku hanya seorang manusia,
Melakukan kesilapan,
Itu 'kan hukum alam,
Bagaimanakah..
Harus ku lakukan...

Menatap matamu buat hati rasa bersalah,
Jika cinta ini tidak terjalin seperti kehendak suka,
Hilang nanti jadi pedoman,
Sengaja ku melintas tanpa berkata...
Apa-apa.....

Ku tahu hangat kasihmu,
Mungkin yang terawal dalam hidupmu,
Duka belum kau faham sepenuhnya,
Pedih di dada hanya cerita,
Belum kau tempuh,
Gelora amarah..
Tambah lagi benci berpecah dada.

Si gadis yang manis,
Sudah manis manja pula,
Senyum sinis tidak ku pinta,
Ku mahu yang benar bahagia,
Denganku...
Setiap masa.

Ada beza antara kita,
Ruang antara jurang dalam di lurah,
Aku tidak biasa,
Kerana itu hatiku penuh meneka,
Dapatkah ku cipta tali berpintal,
Atau remuk kusut penuh penghasut,
Ku biarkan masa berlalu..
Kalau itu yang Tuhan mahu,
Wajah itu tetap di tatapanku,
Setiap hari untuk seumur hidupku.

Ceria dari helaian dara..
Dicoret apa; ...itu yang buatku pasrah.

No comments:

Post a Comment