Berlepas pergi dari landasan terbang,
Daki ke awan luncur tinggi-tinggi,
Ke tepi wahai burung,
Hatiku teruja kini,
Cinta yang sepi ku lepaskan ke ruang udara,
Bermula ganas bunyi turbo belakang,
Airbus A380,
Selesa aku seperti burung,
Pungguk sedang terbang,
Melihat ke bawah,
Dunia jadi milik hakiki.
Ke mana..
Aku ke kutub utara,
Mencari bintang yang jatuh semalam,
Melihat kebesaran anugerah alam,
Mampukah ia menghapuskan penghalang,
Tembok China kami terbang perhati,
Kagum...
Jika azam sejuta bintang,
Hendak berdaya satu jadi sinar,
Tujuh benda misteri ajaib,
Delapan muncul pada akhir zaman,
Hati dibuai debar si guruh,
Terlerai sendi mahu terima adanya,
Tiba nanti akan ku lihat dia,
Dia kata aku belum berpunya.
Ada ruang...
Satu jam lagi,
Setelah dua pagi,
Alunan suara dari kotak putih,
Deras laju seribu batu,
Tidak ditahu ribu-ribu jantungku,
Pertama temu..
Rasa ingin bercumbu,
Kedua bertemu,
Aku tidak tahu...
Tunggu dan lihat teringat kata dahulu,
Dingin membisu berpaling ke luar pintu,
Ada salji sampai ke hujung mata,
Alur biru rentas sayap itu,
Sebentar nanti menepis tempias bayu,
Selaju memori cinta di ruang udara,
Tanpa ilham suram jadi udara.
No comments:
Post a Comment