Saturday, November 23, 2019

RAMPAS

Dalam hatiku teringat gelagat lucumu
dihendap cinderella
saat kau berasmara dengannya
kau terkejut
dan tak tahu nak buat apa
kerana terlalu sayang
kau cuba sembunyikannya
agar aku tak dapat melihat

walaupun ada amarah dalam hatiku
kau tetap buatku geli hati
melihat gelagatmu waktu itu
kau terlalu jujur
menyatakan sukar bagimu
melepaskannya
sepertiku juga sukar melepaskanmu

cuma aku harap itu tak pernah berlaku
apabila aku dekat denganmu
kerana cinderella itu terlalu sabar
dan tidak mampu merampas kamu daripadanya.

~ Ave

No comments:

Post a Comment