Thursday, February 21, 2013

BEBASKAN AKU

Tempurung berada di hatiku,
Terikat tidak dapat lari ke mana,
Bebaskan aku..
Dari kepiluan ini.

Tersekat kata buat aku putus asa,
Menjelaskan keadaan,
Menyatakan aku cinta padamu,
Bebaskan rasaku..
Bebaskan aku.

Kuntum raya lapis lima-lima,
Satu; ...matamu memikat aku,
Dua; ...senyummu beri aku berani,
Tiga; ...menyapa engkau di sana,
Empat; ...rupanya ada di sebelah sahaja,
Lima; ...jalan-jalan percintaan.

Wahai hati yang lembut penyayang,
Bebaskan diriku,
Bebaskan aku...
Dari memikirkan si dia lagi,
Bukan aku tak cinta..
Ia buat aku terseksa.....

Seperti hendak membelai awan tepu di angkasa,
Digenggam tiada..
Cuma tinggal rasa.


No comments:

Post a Comment