Wednesday, July 10, 2013

TERUS PERGI

Bergetar jemari ini,
sejurus lihat namamu..
sejurus melihat wajahmu.

Hendak berlindung diri di sebalik pohon,
sambil melihat matamu,
sambil melihat bibirmu yang sedang senyum,
sambil melihat rambut puteri impian,
hidupku.

Tidak senang...
tubuh jadi lemah walau sedang marah,
mahu berkata,
bibir pula terhenti kata.

Dalam lamunan,
aku jadikan nyata,
pergi dekat dirimu.. dan berkata;

"Kau sungguh indah,
laksana puteri mahkota,
kecantikanmu membuat hati ini meronta,
mahu jadi putera,
dalam kota larangan."

Setelah berkata,
aku terus pergi...
malu..
tak tahan memandang matamu,
ini ku mahu engkau tahu.

No comments:

Post a Comment