Saturday, July 13, 2013

EMBUN PAGI

Kini aku mengerti,
persoalan ringgit satu juta,
jika aku miliki,
jika jadi milikku..
untuk apa ia?

Dahulu..
teman-temanku berkata seperti kamu,
segalanya tentang citarasa.

Aku masih tak mampu,
tak mampu menjawab jitu,
apa akan ku lakukan..
dengan duit banyak begitu?

Sambil aku menghening,
daun hijau di pagi ini,
tersentuh rasa di kalbu,
seperti sentuh pipimu dahulu,
ada rasa awan perawan,
lebih rasa tanpa satu juta.

Biarkan tidak terjawab soalan itu..
rela aku berembun pagi,
di bumbung rumah kayu,
tidak mahu aku,
lupa diriku.

Jutawan tak akan berhenti di situ,
memilikimu..
sudah cukup bagiku.

No comments:

Post a Comment