Yang indah tidak terungkap dengan kata-kata..
yang duka penuh dengan segunung alasan,
ke sana aku berlari,
mencari dewi sakti.
Aku sayang padamu..
kerana menghargai aku,
melihat aku sebagai kekasihmu,
dekat dengan persisir pantai,
kita kongsi karya agung dari pencipta.
Aku sayang padamu..
kerana tidak menampar aku,
hati kita bersatu dalam suatu pegangan,
jarimu dan jariku.
Aku sayang padamu..
rasakah engkau bila mataku memandang...
disulam dengan senyum penawan,
itu suatu permintaan..
pegang aku...
izinkan aku menumpang kasih,
kerana ombak sedang kuat di lautan.
No comments:
Post a Comment