Seminggu sudah aku tak makan,
tertanya sebanyak bintang..
di mana engkau berada,
tanpa berita.
Setidaknya..
beritahulah aku,
engkau di mana,
sedang buat apa...
Kerana aku terseksa,
makan sudah bukan kemestian,
tidur tiada lagi siang dan malam,
hanya termenung,
mata tidak dikelipkan.
Sekurang-kurangnya..
jika ku tahu engkau di mana,
aku boleh lega,
dan jika rindu tak kutahan lagi,
akan ku berlari ke situ,
walau hanya melihatmu.. dari jauh.
No comments:
Post a Comment